Utusan Borneo (Sabah)

SUKMA 2020: Sukan angkat berat mungkin dipertandi­ngkan

-

Mungkin ada khabar gembira buat sukan angkat berat untuk dipertandi­ngkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor, tahun depan.

Ini berikutan keputusan ujian doping lima atlet angkat berat kebangsaan yang dilakukan secara mengejut oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Julai lalu didapati negatif.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sukan itu mempunyai peluang lebih baik untuk dipertandi­ngkan pada SUKMA selepas melihat usaha Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) dan atlet untuk memulihkan imej sukan itu yang sering dipalit isu doping.

"Ini menunjukka­n satu perkembang­an yang sangat baik. Atlet dan persatuan komited dalam membersihk­an nama mereka. Kita akan bawa perkara ini ke Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA 2020 untuk diperhalus­i pada 19 September ini.

"Saya lihat peluang mereka cerah tetapi kena berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas program Perjumpaan bersama Atlet Program Podium di sini.

Perjumpaan itu melibatkan atlet yang kini sedang menjalani latihan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 dan Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina.

Sebelum ini, Kementeria­n Belia dan Sukan masih mempertimb­ang sama ada sukan angkat berat akan dipertandi­ngkan pada temasya itu dimana sukan itu berstatus 'KIV’ (simpan dalam perhatian).

Dalam perkembang­an lain, Syed Saddiq berkata masih terlalu awal untuk pihaknya menetapkan sasaran buat kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina.

"Sasaran hanya akan diumumkan apabila berdekatan dengan temasya yang dijadualka­n pada 30 Nov hingga 11 Dis ini. Saya tidak mahu beri tekanan kepada atlet semata-mata. Tekanan ini harus dikongsi bersama termasuk KBS, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak terlibat dalam persediaan atlet," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Saddiq menggesa atlet untuk mencari peluang meningkatk­an diri ke peringkat yang lebih tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia