Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tempah slot semifinal Piala Cabaran 2019

-

Sarawak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Piala Cabaran 2019 selepas mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT II) tanpa jaringan di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Keputusan seri itu sudah cukup buat Sarawak untuk muncul naib juara Kumpulan A dengan memunggut empat mata daripada empat perlawanan peringkat kumpulan, mengatasi Kelantan yang sekadar meraih tiga mata.

Pada aksi separuh akhir nanti, skuad Ngap Sayot itu bakal bertemu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC yang muncul juara Kumpulan B dengan mengutip 12 mata.

Naib juara edisi tahun lalu, UKM FC terlebih dahulu mengesahka­n tempat ke peringkat empat terakhir turut diikat tanpa jaringan oleh Selangor United di Stadium UiTM, Shah Alam pada aksi Kumpulan B.

Sementara itu, juara bertahan, Terengganu FC (TFC II) pula terpaksa menghadapi laluan sukar apabila bakal bertemu juara Kumpulan A, JDT II.

Ini berikutan kekalahan mengejut 1-0 kepada Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menerusi jaringan tunggal Syafwan Syahlan pada minit ke-16. Perlawanan itu dicemari dengan insiden kad merah apabila Firdaus Faudzi diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

JDT II muncul juara Kumpulan A yang hanya menempatka­n tiga pasukan dengan 10 mata manakala TFC II menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan B dengan 11 mata.

Sebagai rekod, TFC II muncul juara edisi sulung kejohanan itu yang dianjurkan buat pasukan gagal mara ke Piala Malaysia selepas menewaskan UKM FC 4-2 secara agregat pada tahun lalu.

Pengendali sementara Sarawak, Mohamad Denny Da’ail memuji karektor ditampilka­n oleh pemainpema­innya selepas berjaya mengikat JDT II tanpa jaringan pada perlawanan di laman sendiri.

Menurutnya, semua pemain berjaya mengikut taktik yang telah dirancangk­an dalam mengekang asakan bertali arus barisan pemain JDT II sehingga ke wisel penamat.

“Alhamdulli­llah... kita berjaya mengutip satu mata penting pada pertemuan dengan JDT II sekali gus mara ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di sini malam kelmarin.

Mohamad Denny memberitah­u mereka tahu bahawa JDT II amat bagus dalam penguasaan bola dan merangka serangan dari bawah sehingga ke garisan gawang Sarawak.

Justeru, katanya, beliau cuba memasang strategi berkesan buat skuadnya untuk mengekang lawan.

“Pemain-pemain kita (Sarawak) semakin memiliki keyakinan diri walaupun bermain dengan pasukan yang berpengala­man. Mereka tahu kehendak jurulatih serta berani 'memegang' bola dan tahu taktikal apabila masa untuk mengawal dan menyerang,” jelasnya.

Beliau turut memuji ketrampila­n penjaga gol Sarawak, Shaiful Wazizi Mohammad yang bertindak cemerlang mematahkan beberapa percubaan bahaya daripada rangkaian penyerang JDT II terutamany­a pada masa kecederaan.

Kejayaan itu memadamkan kekecewaan Sarawak yang sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan pada tahun lalu.

Selain Sarawak dan JDT II, dua lagi pasukan mengisi slot ke separuh akhir ialah UKM FC dan Terengganu FC II. Saingan peringkat separuh akhir dijadualka­n bermula pada 20 September ini dan diadakan secara timbal balik.

 ??  ?? TIDAK GENTAR: Penyerang Zahrul Nizwan Kipli (kanan) tidak gentar menyaingi bek import JDT II, Bruno Gabrial Soares dalam aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Cabaran 2019 di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching malam kelmarin.
TIDAK GENTAR: Penyerang Zahrul Nizwan Kipli (kanan) tidak gentar menyaingi bek import JDT II, Bruno Gabrial Soares dalam aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Cabaran 2019 di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia