Utusan Borneo (Sabah)

PRODUK KOPI SABAH BERPOTENSI

Kawasan tanaman kopi bakal diperluas penuhi permintaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TENOM: Penambahan kawasan tanaman kopi di negeri ini antara usaha yang bakal dipergiatk­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ke arah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Sallehhudd­in Hassan berkata, Sabah memiliki potensi tinggi dalam menghasilk­an produk kopi yang berkualiti.

Menurutnya, Malaysia hanya mempunyai sekitar 3,200 hektar kawasan tanaman kopi termasuk sekitar 2,000 hektar di Sabah berbanding keluasan tanaman kopi di Vietnam kira-kira 800,000 hektar.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha tanaman kopi di sini kelmarin.

“Hasil perbincang­an dengan petani dan pengusaha kopi di sini, mereka berminat untuk memperkena­lkan kopi berbentuk organik dengan menggunaka­n asas seperti racun dan baja organik.

“Produk kopi organik ini boleh dijual dan ia lebih premium. Walaupun ia kopi robusta, tapi boleh dikenali sebagai kopi premium organik.

“Kalau kita pergiat usaha ini pada tahun akan datang dengan kerjasama daripada petani dan pengusaha, kerajaan bersedia masuk campur untuk beri peruntukan dan latihan,” jelasnya.

Sallehhudd­in berkata, usaha itu bagi memastikan semua pihak yang terlibat dari permulaan proses tanaman hinggalah minuman kopi dihidangka­n.

Katanya, MOA akan melihat usaha itu secara menyeluruh sebagai konsep seluruh rantaian nilai dalam industri penanaman kopi.

“Kerajaan turut menyediaka­n peruntukan sebanyak RM15,000 sehektar bagi tanaman baharu kopi untuk beli tanah, benih, racun, baja, serta buat longkang.

“Bagi menambahba­ik dan pemulihan ladang kopi sedia ada, kita juga sediakan peruntukan kira-kira RM7,500.

“Ini bagi menggalakk­an lagi para petani yang berminat supaya mereka terus memohon kepada MOA agar kami dapat menyediaka­n kemudahan ini,” katanya.

Selain Tenom katanya, MOA turut mahu memperkena­lkan beberapa kawasan lain di negeri ini sebagai kawasan tanaman kopi termasukla­h Nabawan.

Pertemuan dengan pengusaha dan petani tanaman kopi di sini antara lokasi persinggah­an sempena Program ‘Sixteen Walkabout’ MOA ke Sabah 2019.

Program berkenaan melibatkan 16 perhentian di negeri ini bagi mendapatka­n data pertanian untuk RMK-12 bermula 13 hingga 16 September 2019.

 ??  ?? LAWATAN:Rombongan Program Sixteen Walkabout MOA merakamkan kenangan di Taman Kopi Yit Foh Tenom.
LAWATAN:Rombongan Program Sixteen Walkabout MOA merakamkan kenangan di Taman Kopi Yit Foh Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia