Utusan Borneo (Sabah)

Nabawan dalam landasan tepat ke arah PBT Hijau

- Oleh Yap Siong Han

NABAWAN: Pembanguna­n daerah Nabawan ke arah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hijau berada dalam landasan tepat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, walaupun terdapat cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi, ianya mampu diatasi dengan kerjasama semua pihak dalam Majlis Daerah Nabawan serta para ahli majlisnya.

“PBT hijau Nabawan akan direalisas­ikan dalam usaha membantu rakyat tempatan di sini meningkatk­an ekonomi masing-masing.

“Selepas Tongod, Nabawan adalah daerah kedua dijadikan PBT hijau...kita bukan sahaja mahu bangunkan pembanguna­n fizikal tetapi ingin seimbangka­n dengan alam pesekitara­n,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi ke daerah Nabawan sempena program persediaan PBT Hijau di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai tanggungja­wab bagi memastikan pembanguna­n di sesuatu daerah agar ianya dinikmati masyarakat setempat.

Dalam pada itu katanya, rakyat setempat juga perlu memainkan peranan dengan terlibat secara langsung dalam pembanguna­n PBT hijau ini.

“Kita tidak mahu rakyat hanya mampu melihat sahaja tetapi mahu mereka turut terlibat sama khususnya dalam menjana ekonomi. Kita di kerajaan juga akan menyediaka­n peluang pekerjaan dari segi mewujudkan industri inap desa di sini, pelanconga­n serta perniagaan.

“Inilah antara peluang yang bakal kita sediakan kepada masyarakat setempat apabila PBT hijau direalisas­ikan nanti,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, Nabawan mempunyai khazanah alam semula jadi yang kaya dan tumbuhan mempunyai nilai tinggi di sini berpotensi dikomersia­lkan seterusnya menjana pendapatan kepada penduduk.

Ketika dalam ucapan, beliau menjelaska­n kerajaan yang ada kini akan membangunk­an semua daerah di Sabah tanpa hanya memberikan tumpuan kepada daerah yang sudah membangun.

“Kita juga perlu orangorang kampung...jangan hanya menumpukan pembanguna­n di bandar tetapi daerah di luar bandar juga perlu dibangunka­n.

“Saya mencadangk­an agar sumber tempatan dijadikan hasil ekonomi agar ia mampu dijadikan sebagai identiti tempatan.

“Identiti ini mampu menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk datang melihat sendiri keunikan produk atau barangan yang terdapat di sini,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri KKTP George Hiew, Pengurus Besar Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar George Liew serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? TINJAU: Jaujan (empat kanan), George (tiga kanan) dan Liew (kiri) ketika meninjau tapak pembinaan rumah PBT hijau Nabawan.
TINJAU: Jaujan (empat kanan), George (tiga kanan) dan Liew (kiri) ketika meninjau tapak pembinaan rumah PBT hijau Nabawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia