Utusan Borneo (Sabah)

Morni dilantik penaung persatuan pengendali taska Labuan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Dalam meningkatk­an kemahiran ahli-ahli, Persatuan Pengendali Taska Labuan semalam meminta Pengerusi Eksekutif Sidma College – Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Kampus Kota Kinabalu Prof Dr Morni Kambrie menjadi penaung sebagai usaha memberi perkhidmat­an terbaik dalam sektor itu.

Pengerusi persatuan Suzana Karumin berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program untuk faedah ahli-ahli khususnya dalam memperoleh pelbagai keperluan persijilan yang telah ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Kita mengadakan seminar sehari tentang pendidikan awal kanak-kanak dan kemahiran keibubapaa­n sebagai salah satu kerangka kerja mencapai sasaran meningkatk­an kemahiran ahliahli,” katanya.

Seminar yang telah diadakan di Anjung Budaya Layang Layangan itu dianjurkan bersama persatuan dan Sidma College yang dihadiri 31 peserta.

Seminar berkenaan turut diadakan sebagai persiapan ahli-ahli memasuki pengajian yang

diwajibkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia kepada pengendali dan staf prasekolah yang harus memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang tersebut.

Seminar tersebut dirasmikan Morni yang seterusnya menyampaik­an kertas kerja bertajuk ‘Lima Tips Mengurus Pusat Jagaan Kanakkanak Anda’.

Morni mengingatk­an para peserta agar mematuhi persyarata­n Kementeria­n Pendidikan untuk memperoleh diploma yang mana ketika ini boleh dicapai oleh semua orang.

Menurut Morni pemohon yang tidak memenuhi syarat kemasukan diploma boleh menduduki peperiksaa­n kementeria­n yang disebut Apel (Accredited Prior Experienti­al Learning) untuk memperoleh kelayakan masuk pengajian.

“Tiada lagi sebab mengapa staf yang sudah berpengala­man dalam kerja sektor prasekolah tidak mampu mencapai diploma,” katanya.

Apel melayakkan semua pemohon berumur 21 tahun ke atas untuk memperoleh diploma jika mereka memiliki pengalaman kerja dalam sektor prasekolah termasuk ahli-ahli persatuan dan NGO.

 ??  ?? PRASEKOLAH: Suzana (dua kiri) dan Morni (dua kanan) selepas seminar.
PRASEKOLAH: Suzana (dua kiri) dan Morni (dua kanan) selepas seminar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia