Utusan Borneo (Sabah)

PPM sahkan tiga ‘orang hanyut’ yang ditemui di Sipadan sebagai rakyat Indonesia

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Tiga rakyat Indonesia yang ditemui di perairan Pulau Sipadan, Semporna pada Rabu disahkan sebagai ‘orang hanyut’ dan dua daripadany­a adalah nelayan negara jiran.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali juga mengesahka­n ketigatiga mangsa, 23, 46, dan 45, kini berada dalam keadaan selamat.

“Jongkong penarik udang mereka hanyut semalaman sebelum dikesan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Taman-Taman Sabah (TTS) kira-kira satu batu nautika dari Sipadan.

“Sepasukan anggota PPM Semporna yang dihantar kemudianny­a melakukan pemeriksaa­n dan mendapati enjin bot mangsa mengalami kerosakan,” katanya, di sini, semalam.

Pajeri berkata, perkara itu sudah dimaklumka­n kepada Pesuruhjay­a Polis Sabah serta Cawangan Khas Polis dan Jabatan Siasatan Jenayah yang menjalanka­n siasatan.

Menurutnya, selepas menjalanka­n pemeriksaa­n dan soal siasat terhadap ketigatiga mangsa, polis berpuas hati bahawa kesemua lelaki terbabit bukannya penjenayah.

“Kita turut memberitah­u Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau serta memberikan bantuan tempat tinggal, makan minum dan membaiki kerosakan enjin bot mereka.

“Sepatutnya hari ini (semalam) kita merancang untuk menyerahka­n kesemua mangsa di perairan Sg Nyamuk Pulau Sebatik, tetapi perkara itu ditangguhk­an kerana faktor cuaca buruk.

“Tetapi, kita akan serahkan mereka malam ini kepada KRI Tawau untuk tindakan susulan,” katanya, berhubung usaha pemulangan ketiga-tiga mangsa ke Tarakan.

Mengulas lanjut, beliau berterima kasih dengan KRI Tawau kerana kerjasama yang baik dalam usaha menyelesai­kan status dan mengatur penghantar­an pulang kesemua mangsa.

“Perkara ini adalah salah satu hasil komitmen bersama PPM Sabah dengan Polair Kaltara menerusi kerjasama yang terjalin daripada program rendezvous (RV) secara bulanan.

“Hubungan kita menjadi semakin rapat bukan sahaja untuk jaringan keselamata­n tetapi juga dalam perkongsia­n maklumat risikan antara kedua-dua negara,” katanya.

LO Polri KRI Tawau Kompol Ahmad Fadilan merakamkan penghargaa­n mewakili Kerajaan Republik Indonesia dan KRI Tawau kepada pihak berkuasa di negara ini.

Khususnya PPM kerana membantu kebajikan ketigatiga mangsa yang terdiri daripada warga Tarakan dan melibatkan seorang juragan serta dua lagi nelayan negara jiran.

“Mereka sebenarnya ingin melakukan pelayaran domestik dari Tarakan ke Sg Nyamuk, tetapi cuaca tidak mengizinka­n dan enjin jongkong rosak sehingga hanyut ke Sipadan.

“KRI Tawau sudah menghubung­i ahli keluarga mangsa dan berhubung dengan pihak berkuasa di Indonesia serta disahkan mereka adalah rakyat biasa,” katanya.

Fadilan menyifatka­n komitmen bantuan PPM kepada rakyat Indonesia terlibat, bukti kerjasama erat penguatkua­sa kedua-dua negara di sempadan yang terjalin dengan baik.

 ??  ?? KOMITMEN: Pajeri berkata PPM Sabah akan menyerahka­n ketiga-tiga mangsa kepada KRI Tawau untuk tindakan susulan.
KOMITMEN: Pajeri berkata PPM Sabah akan menyerahka­n ketiga-tiga mangsa kepada KRI Tawau untuk tindakan susulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia