Utusan Borneo (Sabah)

Program Pencernaan Minda dekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat

-

INANAM: Program Pencernaan Minda bersama masyarakat Kampung Minintod anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu mampu dekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 13 Inanam, Kenny Chua berkata, program yang menggunaka­n kaedah komunikasi bersemuka ini berjaya menyampaik­an segala dasar dan insentif kerajaan kepada masyarakat setempat khususnya kepada Golongan B40.

“Melalui program pada hari ini, penduduk kampung juga boleh berinterak­si terus dengan penceramah untuk bertanya segala persoalan dan kekeliruan kepada penceramah yang terlibat.

“Oleh itu, diseru kepada masyarakat Kampung Minintod yang hadir mendengar taklimat pada hari ini untuk mengambil peluang dengan menceburi bidang-bidang yang ada contohnya melalui taklimat Pengusaha Sarang Burung Walit dari Jabatan Veterinar Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Pencernaan Minda Bersama Masyarakat Kampung Minintod, Inanam di Dewan Terbuka Gereja St. Marcellinu­s Kampung Minintod, semalam.

Kenny turut berterima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dengan harapan program seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap lagi terutamany­a di kawasan N. 13 Inanam.

Antara agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Peter Tong Ah Pin dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat N. 13 Inanam Abdul Latif Mapous.-Penerangan.

 ??  ?? JALINAN MESRA: Kenny (enam kanan) bersama Peter (empat kiri) dan para hadirin merakamkan gambar kenangan pada program berkenaan.
JALINAN MESRA: Kenny (enam kanan) bersama Peter (empat kiri) dan para hadirin merakamkan gambar kenangan pada program berkenaan.
 ??  ?? TERTARIK: Kenny (kiri) semasa melawat ke gerai pameran AADK.
TERTARIK: Kenny (kiri) semasa melawat ke gerai pameran AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia