Utusan Borneo (Sabah)

Semangat patriotism­e gamit pelanggan stesen minyak

-

KOTA BHARU: Pelanggan sebuah stesen minyak di Melor di sini pasti terpegun melihat kain rentang yang memaparkan wajah kesemua perdana menteri serta Yang di-Pertuan Agong tergantung di stesen minyak itu selain bendera Jalur Gemilang yang berkibaran.

Kain rentang itu yang berukuran 8.2 meter panjang dan 1.5 meter lebar memaparkan wajah enam Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad manakala satu lagi kain rentang berukuran sama memaparkan barisan ksemua Yang di-Pertuan Agong termasuk Yang diPertuan Agong ke-16, AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini merupakan inisiatif pemilik stesen minyak Petron Melor Datuk Dr Ahmad Omar yang sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi memupuk semangat patriotism­e terutama dalam kalangan generasi muda sempena Hari Malaysia.

“Bagi saya, sangat penting generasi hari ini mengenali dan ambil tahu sejarah bagaimana negara kita terbentuk.

“Jika tidak diberi peringatan melalui gambar, tarikh dan peristiwa ringkas mengenai pemimpin negara dan Yang di-Pertuan Agong boleh jadi perkara lain pula yang diberi perhatian oleh generasi muda pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Stesen Petron Melor di sini.

Beliau berhabis antara RM8,000 hingga RM10,000 tahun ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang terhadap tanah air melakukan keunikan dengan mempamerka­n sebuah kereta antik jenis Ford yang popular pada tahun 1938 miliknya yang memakai nombor plat MF35 berhampira­n stesen minyak itu.

Kereta itu diletakkan di bawah garaj tanpa dinding yang diperbuat daripada besi keluli dan dihiasi bendera Jalur Gemilang untuk tatapan generasi muda terutama para pelanggan.

Setelah menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, Ahmad berkata Hari Malaysia perlu disyukuri oleh semua warga negara ini tanpa mengira kaum dan agama kerana sehingga sekarang kita masih hidup dalam keadaan harmoni dan ada undang-undang yang mesti diikuti tanpa ada unsur perkauman.

“Jadi, ingin saya ingatkan agar setiap daripada kita memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan meneruskan keharmonia­n negara ini. Jangan ada yang cuba merosokkan­nya dan jangan pula bermain dengan api perkauman,” katanya.

Ahmad mengingatk­an anak muda supaya jangan ghairah untuk campur tangan dalam hal perkauman dan bercakap atau menulis di laman sosial sesuka hati kerana negara ini masih aman setelah Merdeka.

“Apabila mendengar Jalur Gemilang dipasang terbalik, saya rasa amat duka cita kerana sebagai rakyat Malaysia, sama-samalah kita patuhi undang-undang dan berganding bahu menghargai pemimpin terdahulu,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SEMANGAT PATRIOTISM­E: Dr Ahmad Omar melekatkan Jalur Gemilang pada garaj kenderaan serta pagar kereta purba jenis Ford di Stesen minyak miliknya di Melor, Pasir Putih semalam.
SEMANGAT PATRIOTISM­E: Dr Ahmad Omar melekatkan Jalur Gemilang pada garaj kenderaan serta pagar kereta purba jenis Ford di Stesen minyak miliknya di Melor, Pasir Putih semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia