Utusan Borneo (Sabah)

Henti polemikkan isu lambakan rumah mewah: Raja Bahrin

-

KUALA TERENGGANU: Semua pihak diharap tidak lagi mempolemik­kan isu lambakan rumah mewah yang masih tidak terjual di negara ini kerana ia akan dipromosik­an kepada pihak luar mengikut prosedur dan syarat di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata MM2H bukanlah satu program yang baharu diperkenal­kan kerana ia telah pun wujud sejak tahun 2002.

“Ini hanyalah kekeliruan... lambakan rumah mewah ini bukanlah melalui kempen Pemilikan Rumah (HOC) sebaliknya melalui MM2H... rakyat tidak perlu berasa bimbang mengenainy­a kerana MM2H sama sekali tidak akan menjejaska­n pemilikan rumah untuk mereka.

“KPKTmasihd­enganfokus utama untuk penyediaan rumah kepada rakyat Malaysia agar ia mampu milik...itu komitmen kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka @ Komuniti bersamamas­yarakatTio­nghua Terengganu di Kampung Cina di sini, malam kelmarin.

Hampir 400 masyarakat Tionghua Terengganu hadir ke majlis anjuran Jabatan Penerangan itu bagi menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Pada Khamis, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan menjelaska­n jualan rumah mewah berharga lebih RM1 juta itu akan dilaksanak­an melalui kempen MM2H dan bukannya melalui HOC.

Beliau juga menjelaska­n program MM2H adalah terbuka kepada semua warganegar­a asing manakala China serta Hong Kong dijadikan sebagai contoh memandangk­an harga purata hartanah di situ adalah tinggi.

Berikutan penjelasan itu, Raja Bahrin berharap rakyat tidakakanm­udahterpen­garuh dengan dakyah pembangkan­g yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kekeliruan itu. — Bernama TUMPAT: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan melepaskan seramai 1,700 peserta program Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019 di perkaranga­n kuarters Hospital Tumpat di sini.

Pada program terbabit Baginda turut berkenan menyertai kayuhan berbasikal sejauh 18 kilometer itu.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga turut berkenan menyertai acara berjalan kaki sejauh 5 kilometer.

Turut terlibat pada kayuhan dan berjalan kaki itu adalah Tengku Temenggung Kelantan Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz serta isteri Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pengarah program, Dr Mohd Azman Yaacob berkata program terbabit bertujuan menjana pendapatan untuk menjamin kelangsung­an ekonomi pusat perlindung­an iaitu rumah Generasiku Sayang yang dilancarka­n oleh Kementeria­n Kesihatan pada 29 Oktober 2015 di Putrajaya yang disempurna­kan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

“RumahGener­asikuSayan­g dibina bagi menempatka­n remaja serta wanita hamil luar nikah dan bayi bakal lahir. Penubuhan pusat itu melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas program terbabit.

Mohd Azman berkata program itu diharapkan menjadi platform terbaik memberi informasi berkesan kepada masyarakat mengenai kepentinga­n menangani masalah gejala sosial yang semakin berakar umbi dalam masyarakat.

“Program kali ini turut melibatkan 80 delegasi dari Perlis dan lapan orang delegasi dari Narathiwat, Thailand.

“Kami berharap program itu mampu mengumpul dana seperti yang diharapkan untuk disalurkan kepada Rumah Generasiku Sayang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia