Utusan Borneo (Sabah)

Mydin Sejati Ujana terus terima sambutan hangat daripada orang ramai

- MERIAH: Sebahagian lot yang disewakan kepada peniaga tempatan. Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Mulai beroperasi pada 23 Ogos lepas, Mydin Sejati Ujana yang merupakan cawangan pertama di Sabah, terus menerima sambutan hangat daripada orang ramai.

Pasar Raya dua tingkat itu tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang datang untuk membeli-belah atau sekadar cuci mata meluangkan masa bersama keluarga.

Dan, rata-rata peniaga dan penyewa lot di dalam dan luar pasar Raya itu berpuas hati dengan respons yang diterima daripada orang ramai.

Bagi pemilik Siblings Corner, Norhayati Jatunay berkata, percubaan pertamanya membuka perniagaan makanan ringan di tingkat dua pasar raya itu setakat ini mendapat sambutan yang baik.

Katanya, lot yang disewanya sangat strategik iaitu terletak berdepan dengan eskalator secara tidak langsung menjadikan ia satu tarikan kepada pelanggan.

“Semasa mencari lot sewa, saya adalah orang kedua yang mahu di sini dan selepas saya ada lagi lima penyewa yang berminat. Syukur rezeki saya dapat lot ini.

“Saya mengeluark­an modal

SELERA: Para pelanggan menjamu selera di Restoran Nasi Kandar Al Falah.

RM45,000 untuk menyiapkan lot ini termasuk membeli peralatan. Setakat hari ini, sambutan orang ramai adalah baik dan saya berharap ia akan berterusan sampai bilabila,” katanya.

Sementara itu, Gazally Haji Malik yang merupakan Pengurus Elman Unisex Barber Shop berkata, Mydin Sejati Ujana adalah cawangan pertama dibuka di Sabah.

Berikutan itu katanya, ia umpama sesuatu yang baharu dan menjadi buah mulut bukan sahaja bagi rakyat Sandakan, malah daerah berdekatan.

“Dari hari pertama pembukaan sampai ke hari ini, sambutan amat baik. Dalam satu hari anggaran 60 hingga 80 pelanggan datang ke kedai gunting ini.

“Lebih-lebih lagi selepas kami ubahsuai sebuah kereta mainan untuk dijadikan sebagai kerusi bagi memudahkan kami mengguntin­g rambut kanak-kanak, memang lebih ramai pelanggan datang ke sini.

“Terutama masa hujung minggu atau cuti umum, memang saya dan dua lagi staff kadangkala tidak ada masa berehat. Sebab itu kami bercadang mahu tambah staf,” katanya.

Mydin Sejati Ujana yang merupakan cawangan ke76 di seluruh negara turut dilengkapi beberapa kemudahan seperti 350 lot letak kereta, surau dan bilik persalinan bayi.

Dibina pada 18 Mei 2016 dan siap sepenuhnya pada 24 Mei tahun ini, bangunan dua tingkat itu mempunyai 24 kedai dan 68 lot promosi.

 ??  ?? TRIO: Gazally (tengah) bersama dua staf yang mengendali­kan Elman Unisex Barber Shop.
TRIO: Gazally (tengah) bersama dua staf yang mengendali­kan Elman Unisex Barber Shop.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA: Norhayati (kiri) bersama pekerjanya yang mengendali­kan Siblings Corner.
BERSAMA: Norhayati (kiri) bersama pekerjanya yang mengendali­kan Siblings Corner.
 ??  ?? ANEKA: Aneka pilihan lauk di salah sebuah gerai medan selera Mydin Sejati Ujana.
ANEKA: Aneka pilihan lauk di salah sebuah gerai medan selera Mydin Sejati Ujana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia