Utusan Borneo (Sabah)

Trudeau sedia campur tangan dalam isu pengharama­n memakai simbol keagamaan

-

TRENTON: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kelmarin berkata ia bersedia untuk campur tangan dalam isu larangan baharu Quebec berhubung pemakaian simbol keagamaan jika tindakan perundanga­n ketika ini di mahkamah bagi mencabar perkara itu gagal memansuhka­nnya, lapor agensi berita Anadolu.

Ini merupakan kali pertama perdana menteri itu berkata beliau akan mempertimb­ang langkah untuk campur tangan dalam isu membabitka­n undang-undang baharu yang melarang pemakaian lambang keagamaan seperti hijab, salib dan turban oleh kebanyakan penjawat awam ketika bekerja termasuk guru, polis dan pemandu bas.

Bagaimanap­un, memandangk­an isu itu telah dibawa ke mahkamah, Trudeau berkata untuk campur tangan sekarang adalah sesuatu yang tidak produktif.

Trudeau dan Parti Liberal yang memerintah perlu memenangi pilihan raya persekutua­n pada 21 Oktober jika beliau berhasrat untuk campur tangan dalam isu itu.

Pemimpin parti persekutua­n termasuk Trudeau mengetahui bahawa undangunda­ng itu popular di Quebec di mana ia diluluskan. Semua pihak berharap untuk memenangi undi di Quebec.

Bagaimanap­un tinjauan pendapat menunjukka­n bahawa rakyat Kanada yang menetap di luar wilayah itu menentang pengharama­n tersebut kerana menyifatka­n ia sebagai satu diskrimina­si.

Pengkritik berkata ia telah menyasarka­n wanita Islam secara tidak adil.

Majlis Kebangsaan Islam Kanada dan sebuah kumpulan hak asasi manusia telah memfailkan satu permohonan bagi mencabar undang-undang itu atas alasan ia akan menjejaska­n golongan minoriti dari segi keagamaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia