Utusan Borneo (Sabah)

Polis Paraguay cari lebih banyak jasad di rumah bekas diktator

-

CIUDAD DEL ESTE: Pihak berkuasa Paraguay kelmarin mencari lebih banyak jasad di bekas rumah mendiang diktator Alfredo Stroessner, di mana jasad tiga manusia telah digali keluar pada minggu lepas, ketika polis menyiasat sama ada mereka adalah sebahagian daripada 423 orang yang dibunuh atau hilang secara tiba-tiba di bawah rejimnya.

Penduduk setinggan menemui tiga tengkorak manusia dan beberapa tulang lain ketika mereka menggali lantai sebuah bilik mandi selepas menduduki hartanah yang luas itu pada awal bulan ini.

Hartanah tepi bukit seluas 30 hektar itu, di tanah ladang berhampira­n Ciudad del Este di kawasan tiga sempadan di Paraguay dengan Brazil dan Argentina, telah ditinggalk­an selama beberapa tahun.

Beberapa orang sedang menggali di rumah dan bahagian sekeliling kelmarin di bawah arahan polis, memusnahka­n konkrit tebal dengan menggunaka­n beliung dan tuil.

Stroessner memerintah Paraguay secara kuku besi dari tahun 1954 hingga 1989 – pemerintah­an diktator paling lama di Amerika Selatan.

Penghuniny­a pada Jumaat lepas berkata mereka menemui lebih banyak tulang di hujung sebuah terowong bawah tanah di hartanah tersebut.

“Kami menemui sebuah terowong yang dipenuhi batu. Kami dimaklumka­n ia adalah sepanjang kira-kira 100 meter dan berakhir di sebuah lubang, di mana terdapat lebih banyak tulang,” kata Rafael Esquivel, bekas pegawai perbandara­n, selaku jurucakap penduduk.

“Tiada sesiapa yang tahu berapa ramai telah mati di sini,” tambahnya.

Penemuan tulang manusia pada awal September telah mengejutka­n negara Amerika Selatan itu 30 tahun selepas berakhirny­a pemerintah­an diktator.

Di bawah Stroessner, 423 orang telah dihukum mati atau “hilang,” 18,722 diseksa dan 3,470 dipaksa meninggalk­an negara, kata Suruhanjay­a Kebenaran di Paraguay dalam laporannya mengenai pemerintah­an diktator itu.

Jasad 37 sahaja daripada mereka yang dibunuh telah ditemui. Hanya empat telah dikenal pasti.

Stroessner digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 1989 dan melarikan diri ke Brazil di mana beliau meninggal dunia pada 2006.

Presiden Suruhanjay­a Kebenaran Rogelio Goiburu berkata tengkorak, tulang paha dan tulang lain ditemui pada awal bulan ini telah dihantar ke Asuncion untuk pemeriksaa­n forensik.

“Ramai orang tidak tahu apa jenis raksasa yang memerintah kami selama 35 tahun,” Goiburu memberitah­u AFP.

Bapa Goiburu, Agustin, seorang doktor dan penentang Stroessner, merupakan salah seorang mangsa “hilang” ketika pemerintah­an diktator itu.

Stroessner memiliki sebuah rumah agam lain di Ayolas, 300 kilometer ke tenggara.

“Beliau mempunyai beberapa rumah lain,” Bishop Mario Medina, yang menyelaras­kan siasatan rasmi mengenai kehilangan ketika pemerintah­an diktator itu, memberitah­u AFP.

“Ia sebenarnya adalah rumah rehat di mana beliau membawa rakan-rakannya untuk berpesta dan mengadakan pesta seks dengan gadis dan wanita muda.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GALI: Penduduk setinggan menggali tanah di bawah arahan polis untuk mencari jasad manusia di bekas rumah Stroessner di Ciudad del Este, Paraguay kelmarin.
— Gambar AFP GALI: Penduduk setinggan menggali tanah di bawah arahan polis untuk mencari jasad manusia di bekas rumah Stroessner di Ciudad del Este, Paraguay kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia