Utusan Borneo (Sabah)

Dua warga Thailand ditahan ceroboh Taman Negeri Royal Belum

-

KUALA LUMPUR: Dua warga Thailand ditangkap di kawasan Hulu Sungai Tiang, Taman Negeri Royal Belum Perak, Selasa lalu (10 Sept) selepas dikesan melakukan jenayah melibatkan hidupan liar.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataan semalam berkata hasil pemeriksaa­n terhadap dua penceroboh itu berjaya menemukan 15 duri landak, dua taring hidupan liar, dua kura-kura, satu bahagian hidupan liar disyaki musang, empat jerat kabel, 13 racik dan tiga jerat nylon.

“Turut dirampas beberapa peralatan mengambil kayu gaharu masing-masing dua kapak, parang dan penggali, 11 pencuci gaharu, dua pukat ikan, alat penimbang dan 6.1 kilogram kayu gaharu,” kata kenyataan itu.

Dr Xavier berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 29, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716), jika disabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 60, Akta 716 dan jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kes pemilikan kayu gaharu pula, kes akan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993),” katanya.

Dr Xavier berkata tangkapan itu merupakan kejayaan pertama Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 1/2019 melibatkan­kerjasamaJ­abatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Taman Negeri Perak.

OBK yang dilancarka­n 3 Sept lalu bertujuan membantera­s segala bentuk aktiviti pemburuan haram dan penyeludup­an hidupan liar di negara ini.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia