Utusan Borneo (Sabah)

Pembenihan awan dilakukan di kawasan jerebu bertambah buruk

-

SERI ISKANDAR: Operasi pembenihan awan akan dilakukan di lain-lain negeri selain Sarawak dan Selangor sekiranya keadaan jerebu di kawasan tersebut bertambah buruk.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata operasi itu akan dilakukan mengikut atmosfera serta kadar kelembapan dalam udara yang sesuai.

“Sekiranya arah angin tidak berapa membantu untuk buat pembenihan awan, kita tidak akan laksanakan (operasi) sebab nanti ia tidak akan efektif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Go Nature Campaign 2.0 di Universiti Teknologi Petronas di sini, semalam.

Dalam pada itu, Isnaraissa­h Munirah menasihatk­an orang ramai supaya tidak memburukka­n keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dengan membuat pembakaran terbuka termasukla­h membakar sampah di kawasan persekitar­an kediaman.

“Kita telah melaksanak­an penguatkua­saan (terhadap aktiviti pembakaran terbuka) secara besarbesar­an di seluruh negara dalam menangani menghadapi situasi jerebu namun kecuali bagi aktiviti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan atau barbeku,” katanya.

Isnaraissa­h Munirah turut mengingatk­an orang ramai supaya tidak membuat pelbagai spekulasi di media sosial dengan menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu.

“Ini bukan (mencari salah) Malaysia atau Indonesia yang menjadi punca (jerebu) tetapi apa yang penting sekarang kebakaran yang berlaku itu perlu dipadamkan secepat mungkin.

Katanya Kuala Lumpur dan Jakarta secara diplomasi telah melaksanak­an langkah-langkah tertentu dalam menangani isu jerebu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia