Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP optimis jayakan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

-

BIDOR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) optimis dalam menjayakan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di dalam dan luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kempen itu secara langsung dapat menyokong barangan buatan semua kaum sekali gus meningkatk­an pendapatan mereka.

“Bila sebut produk buatan Malaysia? Siapa yang buat? Yang buat itu Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Dayak. Tidak kira asalkan ia buatan Malaysia mengikut tafsiran maka ia layak dipromosik­an.

“Jadi kalau kita buka balik skop kita tentang perniagaan dan perdaganga­n, kita dapati kita perlu mengekalka­n rentak kempen beli barangan buatan Malaysia kerana bila ia berjaya, maka semua kaum akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program menanam pokok dengan kerjasama Malaysia-Jepun bersempena ulang tahun yang ke-35 AEON Malaysia di Stesen Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini semalam.

Saifuddin berkata beliau melaluikem­enterianny­aakanke FestivalHa­lalBosniad­iSarajevo pada 22 Sept dan Minggu Halal Africa di Capetown minggu depan untuk memperkena­l sertamempr­omosikanba­rangan buatan Malaysia.

Beliau berkata produk buatan Malaysia juga telah ditempatka­n di semua pasar raya terkemuka termasuk AEONbagime­mberisokon­gan kepada kempen berkenaan.

“Ada pasar raya yang telah menempatka­n sehingga 30 peratuspro­dukbuatanM­alaysia dan ada juga yang mencapai 18 hingga 20 peratus. Ia semua dilakukan bagi memastikan kempen itu berjaya,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata kementeria­nnya juga telah memperuntu­kkan sebanyak RM20 juta melalui belanjawan tahun ini yang bertujuan untuk mempromosi­kan barangan buatan Malaysia.

Katanya kerajaan kini kekal dengan polisi berkenaan dan beberapa inisiatif telah mula dilakukan melalui pameran dan pesta jualan yang dijalankan secara berkala di seluruh negara.

Selain itu, Saifuddin berkata pihaknya telah menjalinka­n kerjasama dengan beberapa syarikat e-dagang dan syarikat penerbanga­nbagimemas­arkan produk buatan Malaysia.

“Kita telah bekerjasam­a dengan AirAsia, sebagai contoh bila kita naik pesawat mereka, ada beberapa menu produk buatan Malaysia yang dipasarkan dalamnya.

“Begitu juga dengan Lazada dan Shopee dan sebagainya, kementeria­ntelahberk­olaboratif dengan mereka dan ia sedang berjalan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia