Utusan Borneo (Sabah)

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

-

KOTA BHARU: Keadaan jerebu pada tahap sederhana di Kelantan ketika ini masih tidak menjejaska­n kesihatan, namun orang ramai diingatkan supaya mengambil tindakan sekiranya ada simptom berkaitan jerebu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof Dr Wan Hazabah Wan Hitam berkata mereka yang mudah terjejas dengan jerebu biasanya disebabkan oleh partikulat ampaian dalam udara.

“Apabila berlaku pembakaran, ampaian seperti habuk halus berada di udara dan ukuran tahap jerebu ini bergantung kepada kuantiti ampaian sekali gus memberi kesan kepada mereka yang mengalami alergik.

“Zarah halus ini boleh masuk ke hidung dan mata yang menyebabka­n boleh berlaku radang paruparu, resdung dan keradangan mata yang dipanggil konjunktiv­itis,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai gejala jerebu yang berlaku di negara ini termasuk di Kelantan apabila Pengarah Meteorolog­i Kelantan Rabiah Zakaria mengesahka­n negeri ini berada pada tahap sederhana sejak Ogos lalu.

Bagaimanap­un, sehingga kelmarin beberapa negeri di Semenanjun­g termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkata­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

Prof Dr Wan Hazabah berkata biarpun tahap jerebu di Kelantan belum serius, beliau mengingatk­an orang ramai terutama mereka yang bekerja di luar rumah dan lebih terdedah, diminta mengurangk­an aktiviti di luar.

“Peringatan awal ini diberikan terutama bagi pesakit mata, mereka akan rasa pedih, mata berair dan merah serta tidak selesa, jadi diharap perlu segera berjumpa doktor di klinik atau hospital terdekat bagi mendapatka­n rawatan.

“Bagi mereka yang mengalami penyakit asma (lelah) juga diminta elak berada di luar rumah kerana lebih cenderung mengalami batuk berkahak, sekali gus sesak nafas dan beberapa penyakit yang berkaitan boleh berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia