Utusan Borneo (Sabah)

PCC tawar khidmat kaunseling hingga ke pintu rumah

-

KUALA LUMPUR: Psychologi­cal Care Centre (PCC) pertama di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, yang dibuka sejak Januari lepas di Perumahan Awam Desa Rejang di sini, berjaya membantu lebih 50 klien mendapatka­n khidmat kaunseling secara percuma.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata perkhidmat­an kaunseling ‘hingga ke pintu rumah’ itu diharap memudahkan masyarakat setempat dalam mendapatka­n kemudahan berkenaan dan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang negatif.

“Ia penting terutama apabila statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Kuala Lumpur (JKM KL) menunjukka­n seramai 1,929 klien mendapat bantuan kaunseling dari Januari hingga Julai lalu dan dari jumlah itu, ia turut melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun.

“Ia membuktika­n perkhidmat­an asas ini sangat perlu disediakan memandangk­an tahap kesihatan mental kanak-kanak dan remaja di Kuala Lumpur sangat membimbang­kan,” katanya selepas melancarka­n program Komuniti Lestari 2019 dan perasmian PCC Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini semalam.

Yeoh berkata PCC Perumahan Awam Desa Rejang memberi manfaat kepada lebih 11,000 penduduk di situ, terutama kanak-kanak dan remaja yang sebelum ini tiada tempat untuk mendapatka­n perkhidmat­an kaunseling.

Pusat kaunseling yang beroperasi lima hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 6 petang itu dibantu oleh 50 sukarelawa­n dari JKM sebagai Pasukan Sokongan Psikologi (PST) yang terdiri daripada kaunselor berdaftar dan psikologis.

Mengulas lanjut, Yeoh menyaranka­n Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bekerjasam­a dengan sekolah untuk mengadakan program cuti sekolah yang dapat membantu pelajar memanfaat masa dan mengatasi kesunyian mereka.

“Hidup di kawasan bandar, terutama di kawasan perumahan awam, di mana kurangnya aktiviti rekreasi dapat dilakukan menyebabka­n kanak-kanak banyak menghabisk­an masa dengan gajet dan mempunyai rakan hanya secara talian. Ini menyebabka­n mereka sukar untuk bercakap atau meluahkan perasaan mereka dan akhirnya mengalami gejala kemurungan,” katanya.

Yeoh berkata Talian Kasih 15999 juga sering menerima panggilan daripada kanakkanak ketika cuti sekolah yang memaklumka­n mereka berasa sunyi kerana ibu bapa sibuk bekerja.

“Sebab itu kita sarankan persatuan penduduk, PIBG dan sekolah melaksanak­an program cuti sekolah kerana bukan semua orang boleh pergi bercuti. Bagi ibu bapa pula, jika anak anda mula kurang bermain, muram dan menyendiri, segera dapatkan bantuan kaunseling,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangs­a Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kemudahan PCC yang disediakan di kawasan perumahan awam mampu mengubah stigma dan salah faham mengenai penyakit berkaitan mental.

“Jika ada masalah berkaitan psikiatri, ia bukan kelemahan. Itu adalah penyakit, sama seperti demam. Begitu juga lelaki, yang stigma jika pergi jumpa kaunseling, mereka akan nampak lemah. Jadi, perkara inilah yang perlu diubah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia