Utusan Borneo (Sabah)

Lacazette ‘bercuti’ sehingga Oktober

-

LONDON: Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette tidak akan bermain sehingga Oktober selepas dia tidak dapat pulih daripada kecederaan buku lali.

Lacazette telah bermain dengan kesakitan disebabkan oleh masalah itu selama beberapa minggu dan pemain antarabang­sa Perancis itu kini telah diarah untuk berehat dengan harapan agar ia dapat diberi masa untuk memulihkan masalah tersebut.

“Selepas penilaian ke atas isu buku lali yang sedang berlaku, kami telah menasihatk­an bahawa Alex perlu berehat dan menguatkan buku lalinya untuk mengembali­kan semula kecergasan sepenuhnya,” satu kenyataan Arsenal menyebut kelmarin.

“Alex telah bermain dengan kecederaan ini selama beberapa minggu. Dia dijangka kembali beraksi pada Oktober.”

Lacazette sudah menjaringk­an dua gol dalam tiga penampilan pada musim ini, termasuk satu dalam keputusan seri 2-2 dengan musuh tetangga utara London, Tottenham, dalam perlawanan terakhirny­a sebelum waktu rehat antarabang­sa.

Pemain berusia 28 tahun itu digantikan pada minit ke67 dalam perlawanan itu dan tidak akan menyarung jersi ‘Gunners’ selama beberapa minggu.

Ketiadaann­ya adalah tamparan besar bagi pengurus Arsenal Unai Emery pada waktu yang sibuk termasuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Watford, Aston Villa dan Manchester United, selain permulaan kempen mereka dalam Liga Europa dan Piala Liga.

Pierre-Emerick Aubameyang akan mengisi posisi penyerang tengah di tempat Lacazette, dan bintang Gabon itu sudah menjaringk­an tiga gol pada musim ini untuk membantu ‘Gunners’ menduduki tempat kelima.

Sementara Lacazette diketepika­n, Emery menegaskan pemain rekod kelab Arsenal, Nicolas Pepe, bersedia untuk menentang Watford pada malam ini (Ahad) selepas kekeliruan mengenai kecergasan­nya sewaktu rehat antarabang­sa.

Pemain berusia 23 tahun itu bermain menentang Tottenham sebelum Persatuan Bola Sepak Ivory Coast melaporkan dia telah menghubung­i mereka untuk memberitah­u dia mengalami kecederaan.

Dakwaan itu disangkal oleh ‘The Gunners’ dan apabila ditanya sama ada Pepe cergas ataupun tidak, Emery menjawab: “Ya, ya, dia berlatih dengan baik dan dia bersedia untuk Ahad ini.” — AFP

 ??  ?? LACAZETTE
LACAZETTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia