Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer yakin De Gea akan setia bersama MU

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Ole Gunnar Solskjaer tetap yakin bahawa penjaga gol David de Gea akan menyerahka­n masa depannya kepada kelab itu walaupun kontraknya memasuki tahun terakhir.’ MU berharap pemain antarabang­sa Sepanyol itu akan menandatan­gani kontrak baharu sebelum musim ini bermula, tetapi masih menunggu De Gea meletakkan tanda tangan. Sehubungan itu, pemain berusia 28 tahun itu bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab di Eropah bermula 1 Januari dan meninggalk­an MU secara percuma pada musim panas akan datang. MU dilaporkan menawar kontrak bernilai sekitar £290,000 (RM1.74 juta) seminggu untuk menjadikan De Gea seorang daripada penerima gaji paling tinggi di kelab itu, selain Paul Pogba, tetapi masih kecil berbanding £400,000 (RM2.4 juta) seminggu yang diterima oleh Alexis Sanchez di Old Trafford sebelum dia dipinjamka­n kepada Inter Milan. “Sudah tentulah saya tidak terlibat dalam semua perbincang­an, tetapi saya agak yakin kami akan menyelesai­kan perkara ini,” kata pengurus dari Norway itu. “David tidak pernah menyebut perkara sebaliknya kepada saya, selain menyatakan dia amat menyukai kelab ini, dia mahu kekal di sini dan dia seronok sekali.

“Jadi kita harap kita dapat menyelesai­kan perkara ini.”

Rundingan berlarutan mengenai masa depan De Gea diberikan sebagai sebab bagi prestasi buruknya menjelang akhir musim lepas.

Dia juga bersalah bagi gol kemenangan lewat jaringan Patrick van Aanholt ketika Crystal Palace menang 2-1 di Old Trafford pada bulan lepas.

Namun pemain yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik MU sebanyak empat kali itu selama lapan tahun dia bermain di Manchester tetap mendapat sokongan Solskjaer.

“Dia seronok sekali di sini tetapi sudah tentulah apabila dia dibolosi gol, ia menjadi tajuk berita utama, bahawa dia sepatutnya menyelamat­kannya.

De Gea merupakan anggota pasukan terakhir MU yang memenangi kejuaraan EPL sewaktu musim terakhir Alex Ferguson pada 2013.

Sekarang Solskjaer mahu penjaga gol itu menjadi sebahagian daripada rancangann­ya dalam usahanya untuk mengembali­kan zaman keagungan MU.

“Fokus saya dan kelab adalah untuk meyakinkan­nya untuk kekal,” tambahnya. “Dia dapat melihat apa yang kami buat dan dia tahu apa yang kami buat.

“Kami mahu pemain terbaik di sini dan kebanyakan waktu, pemain yang kami inginkan, kekal.

“Tidak ramai pemain yang kami mahu kekalkan yang kami gagal kekalkan.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia