Utusan Borneo (Sabah)

Athletic Bilbao, Mallorca seri 0-0

-

MADRID: Kedua-dua pasukan gagal menjaringk­an tendangan penalti lewat apabila Athletic Bilbao mensia-siakan peluang untuk menduduki tempat teratas La Liga dalam keputusan seri 0-0 yang dramatik di Real Mallorca kelmarin.

Aritz Aduriz menyaksika­n tendangan penaltinya pada minit ke-96 diselamatk­an oleh Manolo Reina, selepas Abdon Prats melakukan tendangan penalti yang tersasar untuk pasukan tuan rumah.

Satu mata yang dikutip memastikan Bilbao belum tewas selepas empat perlawanan liga pada musim ini, tetapi kemenangan dapat menyaksika­n mereka mendahului Atletico Madrid sebanyak dua mata sebelum pendahulu awal itu bermain di Real Sociedad semalam.

Aduriz, 38 tahun, menjaringk­an gol kemenangan yang cantik sebagai pemain gantian ketika menentang juara bertahan Barcelona dalam perlawanan pembukaan musim, tetapi dia menjadi orang jahat di Mallorca apabila Reina melompat ke sebelah kirinya untuk menepis keluar bola tendangan penalti oleh penyerang itu.

Pada minit ke-82, Prats, yang turut dimasukkan sebagai pemain gantian, gagal menyempurn­akan tendangan dari jarak 12 ela untuk Mallorca.

Bagaimanap­un drama tidak berakhir di sana, kerana Mallorca tidak diberi satu lagi tendangan penalti selepas VAR (Video Pembantu Pengadil) diteliti, sebelum mereka menyaksika­n satu jaringan dibatalkan kerana ofsaid pada minit kesembilan dalam masa tambahan. Semalam, Barcelona menerima kunjungan Valencia, yang memecat jurulatih Marcelino dengan mengejut pada awal minggu ini, selepas Real Madrid menentang Levante. — AFP

 ??  ?? BERTEMBUNG DI UDARA: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Mallorca dan Athletic Bilbao di Stadium Son Moix.
BERTEMBUNG DI UDARA: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Mallorca dan Athletic Bilbao di Stadium Son Moix.
 ??  ?? KECEWA: Pemain Bilbao, Garcia memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.
KECEWA: Pemain Bilbao, Garcia memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia