Utusan Borneo (Sabah)

Kipyegon sedia pertahanka­n kejuaraan dunianya di Doha

-

NAIROBI: Juara 1,500 meter Olimpik dan dunia dari Kenya, Faith Kipyegon, berkata dia cergas dan bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya di Doha selepas dia menewaskan Winnie Chebet dalam kejohanan kelayakan Kenya kelmarin.

Kipyegon kembali dengan kemenangan ke balapan selepas cuti bersalin selama dua tahun di Liga Berlian Prefontain­e pada Jun lalu, tetapi kecederaan hamstring ketika berlatih mengganggu musim perlumbaan­nya.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya kembali dengan lebih kuat selepas cuti bersalin yang panjang, dan pada hari ini, saya dapat memenangi perlumbaan saya dan menempah tiket ke kejohanan dunia,” kata Kipyegon, yang merancang lariannya dengan sempurna untuk menewaskan Chebet, juara Afrika, dalam kesudahan ‘photo-finish’.

“Saya sembuh sepenuhnya daripada kecederaan itu dan bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan saya di Doha, di mana saya menjangka untuk menghadapi cabaran yang kuat daripada Genzebe Dibaba dari Habsyah dan Sifan Hassan dari Belanda.”

Selah Jepleting menduduki tempat ketiga dalam masa 4:05.26 dan akan menyertai Kipyegon dan Chebet di kejohanan dunia.

Selepas memenangi kejuaraan 1,500 meter Liga Berlian, Timothy Cheruiyot mengawal perlumbaan­nya dari permulaan di kejohanan kelayakan ini, dengan mencatatka­n masa 3:34.91 di depan Ronald Kwemoi (3:36.61).

Juara bawah 18 dunia, George Manangoi, menduduki tempat ketiga dalam masa 3:37.68.

“Saya mahu memenangi kejuaraan dunia di Doha untuk menebus kekecewaan di kejohanan dunia 2017 di London di mana saya menduduki tempat kedua di belakang rakan latihan dan senegara saya Elijah Manangoi,” kata Cheruiyot.

Manangoi tidak bertanding dalam kejohanan kelayakan Kenya tetapi akan berlari di Doha dan mempertaha­nkan kejuaraann­ya sebagai atlet Kenya keempat dalam acara 1,500 meter lelaki. — AFP

 ??  ?? BERSAING REBUT TEMPAT: Sebahagian daripada atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan kelayakan Kenya di Stadium Kebangsaan Nyayo di Nairobi.
BERSAING REBUT TEMPAT: Sebahagian daripada atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan kelayakan Kenya di Stadium Kebangsaan Nyayo di Nairobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia