Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 360 sertai larian malam Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai 360 orang menyertai larian malam yang dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Tawau bersama Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), di sini, semalam.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Datuk Amrullah Kamal berkata, larian malam yang dianjurkan ini sesuatu yang unik dan tidak pernah dilaksanak­an di mana-mana negeri di Malaysia.

"Program ini merupakan idea yang sangat bernas kerana kita tidak pernah dengar lagi di mana-mana tempat menganjurk­an larian malam sebelum ini dan ianya boleh menjadi simbol kepada daerah Tawau.

"Saya difahamkan program ini merupakan tahun kedua diadakan oleh pihak penganjur dan sambutan sangat menggalakk­an daripada masyarakat daerah ini," katanya semasa merasmikan larian malam berkenaan.

Beliau berkata, program ini boleh dijadikan sebagai produk Tawau untuk diketengah­kan kepada pihak kerajaan sebagai daya tarikan pelancong.

"Saya optimis untuk membawa program ini untuk dimasukkan ke dalam kalendar Tawau sebagai salah satu produk pelanconga­n daerah ini.

"Pihak pengerusi Pelanconga­n Negeri Sabah juga sudah maklum berkenaan program ini dan saya akan membawanya untuk diketengah­kan dan dimesyuara­tkan bersama beliau," katanya lagi.

Amrullah juga berbangga dengan masyarakat di daerah ini kerana setiap program yang diadakan sentiasa mendapat sambutan tidak kira apa bentuk program.

"Malam ini sahaja, walaupun larian malam tidak dipertandi­ngkan tetap mendapat sambutan yang begitu ramai dan saya rasa sekiranya dipertandi­ngkan akan lebih ramai lagi penyertaan yang kita dapat.

"Kita akan cuba perbesarka­n lagi skala program ini seperti anjuran larian marathon malam sejauh 20 hingga 40km supaya dapat menarik perhatian peserta daripada luar," katanya.

Peserta pertama yang menamatkan larian tersebut, Fikri Husaini, 25, sangat meminati acara-acara larian dan sedaya mungkin akan menyertai sekiranya ada program seperti ini diadakan.

"Saya kerap menyertai larian seperti ini tetapi baru pertama kali menjadi juara dan malam ini walaupun tidak dipertandi­ngkan tetapi tetap berpuas hati kerana dapat menguji kemampuan sendiri," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N56 Apas Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Timbalan Presiden MPT Koh Kian Leong, President PKMT OKK Mohd Ayub Kee Abu Bakar, Konsul RI Tawau Sulistijo Djati Ismojo dan Ketua Daerah Tawau OKK Akhmad Monggoh.

 ??  ?? MULA: Amrullah merasmikan dan melepaskan larian malam Tawau.
MULA: Amrullah merasmikan dan melepaskan larian malam Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia