Utusan Borneo (Sabah)

Catat peningkata­n sebanyak 95 peratus berbanding tahun lalu

Catat peningkata­n sebanyak 95 peratus berbanding tahun lalu

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Kes denggi di daerah ini mencatatka­n peningkata­n membimbang­kan sebanyak 95 peratus berbanding tahun lalu.

Sejumlah 447 kes dilaporkan sejak Januari hingga 12 September 2019 berbanding 229 kes tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie berkata dari jumlah itu sebanyak tiga kes kematian direkodkan berlaku di kawasan Felda Sahabat, Tungku.

“Peningkata­n yang ketara berlaku di FELDA Sahabat dan Silam iaitu sebanyak 139 kes di FELDA berbanding dan Silam 65 kes tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi taklimat dan kunjungan ke hospital Lahad Datu, kelmarin.

Menurut Frankie, komuniti setempat harus memainkan peranan masing-masing dengan memastikan kawasan sekitarnya bebas dari nyamuk aedes.

Katanya, mendapatka­n maklumat dan melakukan perubahan amat penting untuk mengelak diri dan keluarga dari denggi.

“Mereka harus mengubah tingkah laku dengan meluangkan masa sepuluh minit setiap minggu untuk membersihk­an rumah mereka seterusnya memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau berkata, wakil komuniti seperti Komuniti Rukun Tetangga dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan menganjurk­an aktiviti gotong-royong secara berkala untuk mengelakka­n penyebaran kes denggi.

Frankie juga menggesa pengurusan FELDA untuk memainkan peranan aktif dalam mengawal dan mencegah kes-kes denggi memandangk­an kawasan FELDA telah mencatatka­n peningkata­n kes itu.

 ??  ?? KES DENGGI MEMBIMBANG­KAN: Frankie ketika ditemui media.
KES DENGGI MEMBIMBANG­KAN: Frankie ketika ditemui media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia