Utusan Borneo (Sabah)

Perompak gamat: Enam nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Enam nelayan Vietnam ditahan, 600 kilogram gamat dirampas oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Tanjung Ayam Pulau Jambongan, petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata, enam lelaki termasuk tekong berumur antara 14 hingga 46 tahun ditahan.

“Pada Khamis, lebih kurang jam 5.22 petang, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam di kedudukan 23.4 batu nautika timur laut Tanjung Ayam, Pulau Jambongan,” katanya.

Beliau berkata, bot nelayan Vietnam cuba melarikan diri sebelum insiden kejar mengejar berlaku selama 45 minit dalam keadaan angin kencang dan laut bergelora.

“Seorang tekong dan lima awak-awak telah ditahan selepas mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

“Bot disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangguk gamat secara haram,” tegasnya dalam sidang media di Jeti Zon Maritim Sandakan, petang semalam.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menemui peralatan besi untuk menangguk gamat.

“Peralatan ini diharamkan penggunaan­nya di Malaysia kerana merosakkan ekosistem dan hidupan marin,” katanya.

Mohd Khairulanu­ar berkata, pihaknya menemui gamat dianggarka­n seberat 600 kilogram.

“Nilai rampasan sebanyak RM650 ribu termasuk bot, peralatan menangguk gamat dan hasil gamat,” katanya.

Beliau berkata, proses membawa pulang bot tahanan berdepan kesukaran berikutan jarak dari posisi ditahan ke Jeti ZM Sandakan agak jauh (lebih kurang 75 batu nautika) ditambah dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora.

“Kes tangkapan ini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan.

Beliau berkata, kes ini juga disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 yang mana jika sabit kesalahan denda tidak lebih daripada RM6000,000 untuk tekong dan RM600,000.00 untuk awak-awak.

 ??  ?? TAHAN: Mohd Khairulanu­ar (kanan) menunjukka­n sebahagian kecil gamat yang dirampas kepada enam nelayan Vietnam yang ditahan oleh APMM.
TAHAN: Mohd Khairulanu­ar (kanan) menunjukka­n sebahagian kecil gamat yang dirampas kepada enam nelayan Vietnam yang ditahan oleh APMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia