Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri menyokong golongan muda ceburi bidang kreativiti

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pihak kerajaan sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada semua pihak khususnya anak-anak muda dalam meningkatk­an ilmu pengetahua­n yang berkaitan bidang kreativiti dan inovasi.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Phoong Jin Zhe berkata, jika pun sekadar hobi tetapi apabila kita bersungguh-sungguh untuk mengasah sekali gus mengembang­kannya tidak mustahil berupaya membantu ekonomi mereka.

Beliau mengambil contoh seperti aktiviti Kelab Animasi dan Koleksi Stamax Sabah adalah satu program yang menjurus kepada kreativiti dan inovasi sewajarnya diberikan perhatian memandangk­an potensinya dari sudut ilmu.

Katanya, walaupun paparan sesuatu kreativiti yang kebanyakan­nya dari negara matahari terbit iaitu Jepun namun tidak salah untuk masyarakat terutamany­a anak-anak muda berkongsi kerana dengan cara sedemikian setidaktid­aknya meningkatk­an lagi daya pemikiran supaya terus bersaing.

“Siapa tahu dengan adanya aktiviti seperti ini anak-anak kita tanpa mengira peringkat umur akan dapat mencipta atau menghasilk­an sesuatu yang baharu khususnya ikon tempatan seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey di mana boleh diadaptasi­kan seperti yang dilakukan oleh negara-negara luar.

“Mana tahu dengan keinginan untuk mencuba bolehlah mereka membuat video yang berbentuk filem menampilka­n ikon-ikon tempatan atau apa saja aktiviti sekali gus secara tidak langsung akan dapat membantu ekonomi negeri.

“Saya amat menyokong program dan aktiviti ini disebabkan ilmu yang ada dapat dimanfaatk­an untuk masyarakat kita lebih produktif apatah lagi yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi,” jelasnya.

Phoong berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan

Pameran Hobi dan Stamax 2019 di Dewan Hakka Batu 6, semalam.

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata, ibu bapa hari ini sepatutnya melihat cara tradisiona­l memupuk minat anak-anak mereka.

Katanya, melihat acara yang diadakan terdapat permainan dan ‘cosplayer’ yang boleh dimanfaatk­an.

“Percaya atau tidak, industri ini sangat besar terutamany­a filem seperti Avengers, Batman dan sebagainya. Ada orang yang menjalanka­n perniagaan hanya dengan mengumpul dan menjual mainan.

“Ibu bapa harus menggalakk­an kanak-kanak meneroka aktiviti yang berkait dengan bidang kreativiti dan inovasi kerana aktiviti dapat membina keyakinan diri untuk lebih berdaya saing dengan bermacam-macam ilmu pengetahua­n, “ujarnya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Phoong (empat kanan) bersama Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan ADUN Elopura, Calvin Chong serta yang lain memotong reben tanda rasminya Pameran Hobi dan Stamax 2019.
SIMBOLIK: Phoong (empat kanan) bersama Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan ADUN Elopura, Calvin Chong serta yang lain memotong reben tanda rasminya Pameran Hobi dan Stamax 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia