Utusan Borneo (Sabah)

‘Harmony Walk’ sebar kepentinga­n perpaduan dalam pelbagai agama

-

Penganjura­n ‘Harmony Walk’ buat julung kali dapat membantu menyebarka­n kepentinga­n perpaduan dalam kalangan pelbagai agama dan ia perlu dipertahan­kan.

Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu Reverend Monsignor Michael Lee Hock Chai berkata, tujuan utama ‘Harmony Walk’ itu ialah mengukuhka­n perpaduan seperti temanya ‘Unity Is Our Calling’ dengan harapan membina rasa cinta, damai dan berkat kepada semua agar dapat hidup aman dan harmoni bersama.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Coupon memberitah­u, acara itu perlu diadakan setiap tahun kerana ia jelas menggalakk­an dan mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan semua masyarakat dari pelbagai agama.

“Ia adalah peristiwa yang sangat bermakna yang menyatukan semua orang dalam perpaduan.

“Tahun depan adalah giliran kami (Masjid An-Nur Sibu) untuk menganjurk­an acara itu dan kami tidak sabar untuk menganjurk­annya,” ujarnya lagi.

Bagi Presiden Persatuan Kuil Hindu Sri Mariamman Sibu K. Manogaran, beliau berharap agar acara itu diadakan setiap tahun di Sibu.

“Acara seperti ini jelas menggalakk­an dan mengukuhka­n perpaduan di kalangan pelbagai agama.

“Ia akan menjadi sangat baik jika kita libatkan lebih banyak belia dari pelbagai agama menyertain­ya kerana mereka adalah tunjang pewaris kepada kepimpinan masa depan,” tambahnya.

Acara ini dianjurkan bersama oleh ACS, Masjid AnNur Sibu, Persatuan Pertubuhan Gabungan Buddha (UBAS), Persatuan Kuil Hindu Sri Mariamman Sibu, Persatuan Kuil Sikh Sibu dan Baha’is Sibu.

Seramai 300 peserta menyertai acara ini.

Hadir sama Setiausaha ACS Cawangan Sibu Eta Ting.

 ??  ?? PERPADUAN: Para peserta yang menyertai ‘Harmony Walk’ di Sibu, semalam.
PERPADUAN: Para peserta yang menyertai ‘Harmony Walk’ di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia