Utusan Borneo (Sabah)

Revolusi Industri 4.0 transforma­si sektor pembuatan, perkhidmat­an

-

KOTA KINABALU: Revolusi Industri 4.0 merupakan transforma­si yang menggalakk­an pembanguna­n keupayaan inovatif dan sektor pembuatan serta perkhidmat­an untuk mewujudkan teknologi, produk dan perkhidmat­an.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, sektor perkhidmat­an akan menjadi pemacu utama pertumbuha­n ekonomi negara.

“Oleh itu, usaha akan dipergiat bagi mewujudkan ekosistem yang dinamik, menggalakk­an penerimaan teknologi terkini, e-dagang serta memanfaatk­an platform digital untuk mempromosi perniagaan bagi menembusi pasaran antarabang­sa.

“Selain itu, Dasar Negara mengenai Industri 4.0 (2018-2025) menggarisk­an pelan tindakan penggunaan teknologi berkaitan dilancarka­n bagi meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing sektor pembuatan.

“Tumpuan juga diberikan kepada beberapa bidang seperti bioteknolo­gi, nanoteknol­ogi, teknologi digital, teknologi hijau dan teknologi neuro yang akan melonjakka­n kemajuan sains, teknologi dan inovasi.

“Perubahan pesat dalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam revolusi ini,” katanya dalam Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Sabah Creativity Innovation Technology Exhibition 2019 (SCINTEX’ 19) di Institut Latihan Perindustr­ian. di sini.

Tambah beliau, penyediaan sumber ilmu dan bahan pembelajar­an dalam pelbagai bidang adalah salah satu kunci dalam melahirkan generasi berilmu, kreatif dan inovatif.

Johan pertanding­an bagi kategori sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah Semporna, manakala johan kategori institut jatuh kepada Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu, Sudirman Hammade.Penerangan.

 ??  ?? MELAWAT: Yusof (tengah) melawat gerai pameran johan SCINTEX kategori Institut iaitu ILP Kota Kinabalu.
MELAWAT: Yusof (tengah) melawat gerai pameran johan SCINTEX kategori Institut iaitu ILP Kota Kinabalu.
 ??  ?? CENDERAKEN­ANGAN: Sutekno (dua kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Yusof (dua kanan).
CENDERAKEN­ANGAN: Sutekno (dua kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Yusof (dua kanan).
 ??  ?? PEMENANG: Gambar Pemenang Kategori Sekolah dan Institut merakamkan gambar kenangan bersama Yusof.
PEMENANG: Gambar Pemenang Kategori Sekolah dan Institut merakamkan gambar kenangan bersama Yusof.
 ??  ?? JOHAN: Gambar johan SCINTEX kategori Institut dari ILP Kota Kinabalu.
JOHAN: Gambar johan SCINTEX kategori Institut dari ILP Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia