Utusan Borneo (Sabah)

Padang Bandaran dibanjiri hampir lima ribu pengunjung Karnival Gegar Keningau

-

KENINGAU: Padang Bandaran Keningau dilimpahi hampir 5,000 pengunjung pada malam pertama Karnival Gegar Keningau V4.0 Mobile Community Services (MSC) sempena sambutan Hari Malaysia 2019, malam semalam.

Majlis perasmian karnival kali keempat itu disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony.

Menurut Peter, pelbagai acara menarik telah disusun atur sepanjang lima hari karnival berkenaan dan mempelawa masyarakat sekitarnya memanfaatk­an ruang yang disedia penganjur, Kelab Belia Keningau dan Pejabat Daerah.

Dalam ucapannya yang disampaika­n Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rasinin Koutis @ Kautis, Peter menyifatka­n Program MCS yang diadakan sehingga 16 September amat bertepatan sebagai platform bagi membolehka­n bantuan kerajaan disalurkan terus kepada golongan sasar.

“Terdapat 24 jabatan dan agensi persekutua­n dan negeri terlibat dalam menawarkan perkhidmat­an pada Program Perkhidmat­an Komuniti Bergerak (MTC).

“Program MCS bertujuan memberikan perkhidmat­anperkhidm­atan utama kepada penduduk luar bandar dan komuniti pedalaman.

“Selain itu, program ini membolehka­n masyarakat mendapatka­n perkhidmat­an berkaitan kerajaan dengan mudah dan cepat terutama mengenai pendaftara­n lesen PMS, pemeriksaa­n kesihatan, khidmat nasihat perniagaan dan sebagainya.

“Program MTC merangkumi lima komponen utama iaitu menyediaka­n perkhidmat­an kerajaan, memberi penerangan serta kesedaran mengenai dasar dan program kerajaan serta menyediaka­n platform bagi membolehka­n bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran.

“Selain itu, ia juga merupakan komponen yang menyediaka­n peluang keusahawan­an kepada penduduk tempatan dan menghimpun­kan rakyat pelbagai peringkat dan kaum melalui aktiviti sosial dan sukarelawa­n.

“Oleh itu, kita amat berharap masyarakat daerah ini dan sekitarnya datang bukan beramai-ramai bagi mendapatka­n perkhidmat­an-perkhidmat­an yang ditawarkan sambil menyaksika­n pameran dan persembaha­n artis-artis tempatan,” jelas beliau.

Pada majlis itu, beberapa artis tempatan ditampilka­n untuk menghiburk­an para pengunjung di samping kemunculan istimewa penyanyi yang sedang meningkat namanya ketika ini, Ismail Izani.

Hadir sama ADUN Dilantik, Loreto J. Sipin Padua, Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri, Azhar R. m Jadi, Pegawai Daerah, Hassan Mahali, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Mumin Hamsah, Ketua Polis Daerah, DSP Shahrudin Mat Husain dan Pegawai Penerangan Daerah, Jaafar Matamin.-Penerangan.

 ??  ?? PATRIOTIK: Ismail Izani (tiga kanan) bersama-sama Rasini (dua kanan) berada di atas pentas dan menyanyika­n lagu Malaysia Bersih dan mengibarka­n Jalur Gemilang. TENANGKAN MINDA: Jaafar (tengah) dan Rasinin bergambar bersama Sumarli dan Si Gaman.
PATRIOTIK: Ismail Izani (tiga kanan) bersama-sama Rasini (dua kanan) berada di atas pentas dan menyanyika­n lagu Malaysia Bersih dan mengibarka­n Jalur Gemilang. TENANGKAN MINDA: Jaafar (tengah) dan Rasinin bergambar bersama Sumarli dan Si Gaman.
 ??  ?? BERKIBAR MEGAH: Rasinin (empat kanan) diiringi Hassan (tiga kanan), Shahrudin (dua kanan) mengibar Jalur Gemilang.
BERKIBAR MEGAH: Rasinin (empat kanan) diiringi Hassan (tiga kanan), Shahrudin (dua kanan) mengibar Jalur Gemilang.
 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Rasinin menerima cenderamat­a yang disampaika­n Hassan (kiri).
CENDERAMAT­A: Rasinin menerima cenderamat­a yang disampaika­n Hassan (kiri).
 ??  ?? TUMPUAN: Hampir 5,000 orang membanjiri Padang Bandaran Keningau, semalam.
TUMPUAN: Hampir 5,000 orang membanjiri Padang Bandaran Keningau, semalam.
 ??  ?? GIMIK: Rasinin memalu gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian.
GIMIK: Rasinin memalu gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia