Utusan Borneo (Sabah)

MPS akan bincang cadangan isu parkir

Mesyuarat Majlis Penuh Khas pada 18 September akan cari penyelesai­an isu berkenaan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Penuh Khas pada 18 September depan bagi membincang­kan isu parkir di Sandakan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, George Hiew Vun Zin berkata, mesyuarat khas itu akan membincang­kan isu parkir dalam menambah baik perlaksana­annya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamuntin­g berkata, ini adalah untuk memberi penyelesai­an dalam memberi menang menang antara rakyat dengan kerajaan.

Hiew berkata, hari ini dia bersama Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong dan ADUN Elopura Calvin Chong mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden MPS, Mohd Hamsan Haji Awang Supain bagi membincang­kan isu berkenaan.

“Kita gembira dapat bertemu dengan Timbalan Presiden MPS serta pegawai kanan MPS bagi membincang­kan cadangan penambahba­ikkan perlaksana­an parkir di Bandar Sandakan dan sebelas bandar satelit,” katanya.

Beliau berkata, kita dapat satu penyelesai­an yang kita rasa memberi kepuasan hati kepada rakyat termasuk Calvin dan Vivian pun masingmasi­ng ada cadang cara yang terbaik untuk selesai isu parkir di sebelas bandar satelit yang telah membimbang­kan rakyat sejak dilaksanak­an 2 September lepas.

“Pihak MPS telah dapat mengenal pasti masalah termasuk teknikal dan penguatkua­saan. MPS akan adakan Mesyuarat Majlis Penuh Khas sebelum mengumumka­n perkara berkenaan,” katanya.

Hiew berkata, dalam perbincang­an ini di mana kita fikir rakyat boleh tenang sebab akan ada pengumuman berita baik akan disampaika­n oleh MPS selepas mesyuarat khas itu.

Beliau berkata, setiap cadangan dari wakil-wakil rakyat ini akan diambil pertimbang­an dan diperhalus­i oleh MPS dalam menambah baik perlaksana­an parkir itu.

 ??  ?? MUAFAKAT: Hiew bersama Vivian dan Calvin bertemu Hamsan serta pegawai kanan MPS.
MUAFAKAT: Hiew bersama Vivian dan Calvin bertemu Hamsan serta pegawai kanan MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia