Utusan Borneo (Sabah)

Hijrah budi dan jasa bersatu cipta sejarah

-

KUNAK: Majlis Perhimpuna­n Sambutan Ma’al Hijrah Tahun 1441H/2019M dengan bertemakan ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ telah berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Masyarakat Kunak.

Perhimpuna­n itu telah menobatkan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Kunak tahun 1441H/2019M kepada bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kunak, Raduan Abdu Rahman.

Pemilihan Raduan amat signifikan dengan penghijrah­an beliau setiap hari ulang alik dari Semporna ke Kunak untuk menggalas tanggungja­wab sebagai ketua jabatan di PPD Kunak bermula dari 3 Mac 2015 hingga 16 Ogos 2019.

Beliau yang telah berkidmat selama 40 tahun 6 bulan bermula dari 31 Januari 1979, merupakan seorang guru yang telah menamatkan perkhidmat­annya yang terakhir sebagai PPD Kunak.

Sepanjang perkhidmat­annya, beliau telah banyak membawa kecemerlan­gan dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m, HEM dan pengurusan.

Sesuai dengan kriteria pemilihan beliau sebagai Tokoh Ma’al Hijrah, sumbangan besar beliau apabila daerah Kunak telah mencapai 100 peratus lulus Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan tiga tahun berturut-turut nombor satu di negeri Sabah selain johan acara rejam lembing lelaki 15 tahun di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Sementara penyebaran dakwah Islam dalam kalangan masyarakat, Raduan mengambil inisiatif untuk sama-sama sembahyang berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau di kawasan kampung serta pekan Kunak pada hari Jumaat sambil mengadakan motivasi kecemerlan­gan pendidikan kepada anak-anak dan penduduk daerah ini.

Ketokohan beliau diterima oleh masyarakat umum di daerah ini apabila sering kali menyertai programpro­gram yang dirancang dan pernah menjadi pengurus kepada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kunak 2018 ketika sebagai PPD Kunak.

Beliau yang mendapat Ijazah dari Universiti Sains Malaysia merupakan seorang yang amat komited dalam tugas dan tanggungja­wab. Beliau pernah tiga kali menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan dikurniaka­n Bintang Setia Kinabalu (BSK) pada tahun 2010.

Mengulas pencapaian itu, Raduan menyatakan gembira dan bersyukur kerana pengiktira­fan itu bukanlah untuk sesuatu yang dibanggaka­n tetapi pemangkin kepada generasi Islam yang lain.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmat­annya apa yang penting pengukuhan etika dan nilai-nilai murni dalam pentadbira­n serta pengurusan adalah satu aspek yang wajar dilaksanak­an.

Katanya, menggapai kejayaan dalam akademik dan bidang lain tanpa usaha serta integriti yang tinggi adalah penghijrah­an yang tempang.

“Sifat malas perlu ditolak tetapi harus memartabat­kan kerajinan demi kecemerlan­gan, manakala penghijrah­an budi dan jasa perlu dilaksanak­an untuk mencipta sejarah dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat merangkap ADUN Kunak Norazlinah Arif.

Berucap pada majlis itu, beliau menyeru agar semua warga daerah ini sama-sama memahami dan menghayati serta mengaplika­sikan semangat Ma’al Hijrah dalam perjuangan membangunk­an negara dan masyarakat bagi mewujudkan keharmonia­n serta kesejahter­aan ummah keseluruha­nnya.

Objektif majlis adalah mengimarah­kan sambutan Ma’al Hijrah dan membina penghayata­n terhadap Hijrah dalam kalangan umat Islam serta membudayak­an ilmu di samping menjana kesatuan dan perpaduan ummah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kunak merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Majlis Perhimpuna­n Sambutan Ma’al Hijrah 1441H/2019M Peringkat Daerah Kunak Juraimin Jadil, Pengarah Hospital Daerah Kunak Dr Asbullah Sudin dan Penolong Pegawai Tadbir JHEAINS Daerah Kunak Ustaz A Ramli Abd Jali.

 ??  ?? KENANGAN: Tetamu jemputan bergambar bersama Norazlinah (tengah).
KENANGAN: Tetamu jemputan bergambar bersama Norazlinah (tengah).
 ??  ?? TOKOH: Dari kiri: Raduan, Norazlinah dan Juraimin.
TOKOH: Dari kiri: Raduan, Norazlinah dan Juraimin.
 ??  ?? SAAT MANIS: Kakitangan PPD Kunak merakam kenangan bersama Raduan.
SAAT MANIS: Kakitangan PPD Kunak merakam kenangan bersama Raduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia