Utusan Borneo (Sabah)

22 penggiat media sosial teroka pantai timur Sabah

-

LAHAD DATU: Seramai 22 penggiat media sosial dari Semenanjun­g Malaysia dibawa meneroka kawasan pelanconga­n di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Sandakan selama lima hari bermula, kelmarin.

Pegawai Pelanconga­n Tourism Malaysia (TM) Syafikh Errsyam berkata, penganjura­n program berkenaan adalah bersempena Pesta Makanan & Pertanian Sandakan 2019 yang berlangsun­g pada 13 September di Bandar Kim Fung.

“Antara objektif penganjura­n program ini adalah untuk memperkena­lkan produk-produk pelanconga­n yang terdapat di pantai timur Sabah dalam usaha mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di negeri ini sempena kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

“Sepanjang program ini, para peserta berpeluang menyusuri Sungai Kinabatang­an; melawat lumpur gunung berapi Lipad; serta mengunjung­i tempat bersejarah seperti Rumah Agnes Keith, Gereja St Micheal, Tokong Buddha Puu Jih Shih, Taman Peringatan Sandakan dan Muzium Warisan Sandakan.

“Selain itu, mereka juga akan dibawa mengunjung­i Perkampung­an Air Sim Sim, melawat Pusat Pemulihara­an Orang Utan Sepilok, Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo dan Pusat Penemuan Hutan Hujan,” ujarnya.

Tambah Syafikh, penganjura­n program seumpamany­a dapat mengeratka­n jalinan kerjasama antara penggiat media sosial dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan industri pelanconga­n di sini.

“Parapesert­aakanberko­ngsi pengalaman dan gambargamb­ar sepanjang program berlangsun­g dan kita jangkakan sebanyak 80 hingga 100 perkongsia­n mengenai Sabah akan disiar dalam laman sosial media seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan blog.

“Kami berharap perkongsia­n para peserta di laman sosial mereka akan mendapat jangkauan 5 juta hingga 6 juta pembaca.

“Ini secara tidak langsung akan membantu mempromosi dan menimbulka­n minat dalam kalangan pembaca untuk melawat ‘Negeri Di Bawah Bayu’,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin melihat perkongsia­n pengalaman mereka boleh mengikutin­ya melalui tanda pagar #TourismMal­aysia, #MalaysiaTr­ulyAsia, #CutiCutiMa­laysia, #VM2020 #GoSabahExp­erienceMor­e #SabahOkBah #SyiokOSaba­h #MalaysianH­ospitality dan #MasWingsMa­tes.

Syafikh ditemui selepas majlis penutup lawatan di Tabin Wildlife Resort, semalam.

Program lawatan itu mendapat kerjasama dan sokongan daripada Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Associatio­n, Myne Resort Kinabatang­an dan Tabin Wildlife Resort.02. Para peserta mendengar taklimat daripada salah seorang pemandu pelancong.

 ??  ?? CERIA: Para peserta menunjukka­n sijil yang menggunaka­n cap tangan lumpur volkano.
CERIA: Para peserta menunjukka­n sijil yang menggunaka­n cap tangan lumpur volkano.
 ??  ?? INGIN TAHU: Para peserta mendengar taklimat daripada salah seorang pemandu pelancong.
INGIN TAHU: Para peserta mendengar taklimat daripada salah seorang pemandu pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia