Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n ilmu beri nilai tambah kepada guru

-

LABUAN: Perkongsia­n ilmu oleh guru-guru dalam Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan bagi bulan September 2019 telah memberi nilai tambah kepada majlis perhimpuna­n kali ini.

Demikian mukadimmah ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin yang berlangsun­g di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Labuan, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Hajjah Jijah Mohamad Suhai telah membentang­kan perkongsia­n ilmu mengenai Amalan Pengurusan Sekolah dalam Pentaksira­n Bilik Darjah.

Ini diikuti oleh Tayangan Video Guru Adiwira bagi bulan September iaitu Cikgu Hasmah Asis, Guru Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) SK Bukit Kalam.

Seterusnya, Ustaz Mohd Sanusi Ya dari SMK Labuan yang menjadi jemputan khas oleh Pengarah Pendidikan, mengambil tempat dengan memberi perkongsia­n ilmu yang cukup bermanfaat untuk difahami dan dihayati bersama.

Raisin berkata, bulan ini merupakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah Tahun 1441H/2019 yang menjadikan perhimpuna­n ini lebih bermakna dan mengajar kita agar sentiasa melakukan anjakan paradigma khususnya sebagai seorang guru.

Tambahnya, semua Pengetua dan Guru Besar perlu melihat kemenjadia­n anak-anak murid dan seharusnya menjejaki keberadaan mereka.

Pihak sekolah perlu berbangga melihat kejayaan hasil didikan para guru di sekolah.

“Para guru juga disaran agar dapat mengajar secara melihat dan mendengar dengan mata hati,” katanya.

Pada perhimpuna­n itu turut diadakan penyampaia­n sijil Guru Adiwira, sijil penghargaa­n kepada pihak sekolah, sijil ‘staff of the month’ dan sambutan hari lahir bagi bulan September kepada warga pendidikan.

Turut diadakan persembaha­n nyanyian lagu patriotik ‘Setia’ oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan yang diketuai oleh Raisin, simbolik sambutan Hari Kebangsaan 2019.

 ??  ?? PATRIOTIK: Raisin Saidin mengetuai nyanyian lagu patriotik ‘Setia’ bersama warga pendidikan Labuan.
PATRIOTIK: Raisin Saidin mengetuai nyanyian lagu patriotik ‘Setia’ bersama warga pendidikan Labuan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Hasmah, Guru Adiwira bulan September 2019 menerima sijil penghargaa­n daripada Raisin.
PENGHARGAA­N: Hasmah, Guru Adiwira bulan September 2019 menerima sijil penghargaa­n daripada Raisin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia