Utusan Borneo (Sabah)

Kebersihan pusat bandar dan sistem perparitan perumahan keutamaan Ting

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting melihat isu kebersihan pusat bandar dan sistem perparitan perumahan sebagai dua isu utama yang perlu diberi perhatian.

Beliau yang belum sampai seminggu menjadi Pengerusi MPS berkata, dua isu itu menjadi keutamaan beliau dan perlu diselesaik­an secepat mungkin, selain kebersihan kedai.

“Kita terima banyak aduan daripada penduduk berhubung perkara ini. Sebagai pengerusi, saya perlu bergerak setiap masa dan turun padang meninjau keadaan,” ujarnya kepada pemberita.

Ting ditemui pada Majlis Sambutan Kuih Bulan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan bersama Kawasan Rukun Tetangga Taman Rejang di Taman Rejang, malam kelmarin.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Setiausaha SUPP Pelawan Micheal Tiang serta yang lain.

Menurut Ting, beliau akan memantau skop kerja pihak kontraktor yang menyelengg­ara perparitan di kawasan kediaman sebelum meninjau keadaan perparitan untuk mendapatka­n gambaran dengan lebih jelas.

Tidak seperti jalan raya katanya, orang ramai hanya akan melihat keadaan parit apabila ada bau busuk atau banjir berlaku.

“Oleh itu, kita akan minta penduduk sama-sama menjaganya terutama dengan tidak membuang sampah ke dalam parit sehingga menyebabka­n tersumbat.

“Kita juga akan lihat sama ada kontraktor ada menjalanka­n tugas atau sikap penduduk yang membuang sampah ke dalam parit menyebabka­n parit tersumbat,” jelasnya sambil memberitah­u akan bertemu dengan pihak kontraktor minggu depan.

Menyentuh mengenai kebersihan, Ting berkata pihak majlis akan memilih satu kawasan seperti di pusat bandar sebagai permulaan.

Selepas itu katanya, pihak majlis akan menumpukan usaha untuk membersihk­an kawasan tersebut untuk menjadi contoh kepada kawasan lain.

“Kemudian kita akan tunjuk kepada penduduk Sibu apa yang kita mahukan sebagai contoh. Apabila mereka pergi ke kawasan ini, mereka akan mendapati keadaan amat bersih.

“Kita akan lakukan semua ini secara berperingk­at. Apabila kita pergi ke Taman Rejang, usaha membersihk­an akan menjadi lebih mudah,” ujar Ting yang juga Pengerusi SUPP Pelawan.

Beliau juga memberitah­u akan meneruskan usaha baik yang dilakukan oleh Pengerusi MPS terdahulu, Datuk Tiong Thai King dalam menjaga kebersihan bandar Sibu.

Ini termasuk mengekalka­n denda RM500 bagi kesalahan membuang sampah meratarata.

 ??  ?? MERIAH: (Dari tiga kiri) Ting, Tiang dan Siti Nurfatimah dengan tanglung masing-masing ketika sambutan Kuih Bulan di Taman Rejang, malam kelmarin.
MERIAH: (Dari tiga kiri) Ting, Tiang dan Siti Nurfatimah dengan tanglung masing-masing ketika sambutan Kuih Bulan di Taman Rejang, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia