Utusan Borneo (Sabah)

Pemain industri insurans diseru kaji arah tuju selari cabaran masa kini

-

KUCHING: Para pemain dalam sektor insurans disaran mengkaji semula arah tuju mereka melihat kepada cabaran masa kini, kata Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik.

Beliau percaya kajian semula terutamany­a berhubung terma dan syarat yang disediakan dalam polisi insurans adalah sangat penting memandangk­an industri itu menghadapi trend baharu dari segi bencana alam, pemanasan global dan sebagainya.

Beliau juga mengakui kebanyakan orang sedia maklum mengenai insurans dan mereka juga digalakkan oleh rakan untuk membeli insurans.

“Namun, adakah kita benar-benar memahami apa yang dibeli, faham akan faedahnya serta timbul persoalan sama ada kita membeli insurans yang betul ataupun tidak? Persoalan itu ditujukan untuk insurans peribadi.

“Namun dari persoalan itu, kita kemudian melihat kepada hartanah, membeli kereta, membeli rumah atau membeli harta benda lainlain.

“Salah satu perkara penting yang sentiasa kita lihat ketika membuat pembelian adalah insurans,” ujarnya pada sidang akhbar semasa Forum ‘Public Private Partnershi­p on Security and Risk Management’ anjuran Persatuan Insurans Sarawak, kelmarin.

Ik Pahon berkata, kadangkala kesedaran mengenai insurans tidak begitu menyeluruh bukan sahaja dalam kalangan orang ramai, tetapi juga dalam sektor kerajaan.

Justeru, beliau percaya forum itu merupakan satu peluang bagi para pemain dalam industri itu untuk menjelaska­n mengenai faedah sektor insurans yang dapat menyumbang kepada individu, negara, ekonomi di samping menjelaska­n jenis insurans yang boleh dibeli individu atau organisasi.

Beliau juga berharap para peserta forum itu akan bertanya dan mengetenga­hkan cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat sebagai individu, sebagai sebuah masyarakat, sebagai sebuah syarikat selain menjelaska­n perkara-perkara yang disediakan yang mendapat liputan insurans.

Dalam menghadapi trend baharu ini, Ik Pahon berkata terdapat keperluan bagi industri insurans untuk berkongsi dan melakukan penyebaran maklumat kepada para pelanggan.

“Kita perlu mengakui bahawa sektor insurans memainkan peranan yang sangat penting terutamany­a dalam menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (GDP).

“Saya tidak mempunyai angka tepat ketika ini, tetapi tatkala berurusan dengan pelbagai jenis perniagaan, akan ada komponen risiko dan kita terikat dengan insurans,” tambah beliau.

Ik Pahon juga mengucapka­n tahniah kepada Persatuan Insurans Sarawak kerana menganjurk­an forum sempena ulang tahun ke-40 mereka.

Forum itu katanya, sangat penting untuk perkongsia­n persendiri­an awam mengenai keselamata­n dan pengurusan risiko.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ik Pahon (duduk, tengah) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur forum dan ahli panel selepas sidang akhbar.
UNTUK ALBUM: Ik Pahon (duduk, tengah) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur forum dan ahli panel selepas sidang akhbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia