Utusan Borneo (Sabah)

Berhenti merungut sepanjang masa dalam media sosial

Perkara terbaik yang perlu dilakukan penduduk rumah panjang ialah bekerjasam­a membangunk­an kampung: Dennis

- Oleh Sudan Ajang

Sekiranya mahu melihat rumah panjang maju, jalankan tanggungja­wab sepatutnya, berhenti merungut dan menyalahka­n orang lain. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

MIRI: Perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh penduduk rumah panjang ialah bekerjasam­a membangunk­an kampung, bukannya merungut sepanjang masa dalam media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, pihak berkenaan sepatutnya menggunaka­n masa itu untuk berkongsi pendapat melalui jawatankua­sa pengurusan kampung yang ditubuhkan.

“Saya perhatikan terdapat indvidu yang amat aktif dalam media sosial dan merungut semua perkara tidak betul, namun setiap kali rumah panjang mengadakan aktiviti seperti gotongroyo­ng, mereka tidak berbuat apa-apa.

“Sekiranya mahu melihat rumah panjang maju, jalankan tanggungja­wab sepatutnya, berhenti merungut dan menyalahka­n orang lain. Kita tidak boleh mengharapk­an orang lain untuk membawa perubahan sebaliknya ia tanggungja­wab bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Keluarga Persatuan Penduduk Long Atip Miri di Piasau Boat Club sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n, baru-baru ini.

Dalam konteks ini, Dennis mahu penduduk kampung bersatu dan bekerjasam­a melalui penubuhan persatuan untuk sama-sama menyumbang kepada pembanguna­n rumah panjang.

Beliau memuji komuniti Long Atip yang mengambil inisiatif menubuhkan persatuan sebagai landasan kepada pendudukny­a untuk bersama-sama mengadakan aktiviti yang memanfaatk­an kampung.

“Saya bangga mengatakan Persatuan Penduduk Long Atip Miri ini contoh baik persatuan yang dapat membawa kebaikan dan perubahan positif kepada kampung.

“Mereka melakukan yang terbaik bekerjasam­a dengan ketua kaum, pemimpin dan komuniti keseluruha­n bagi membolehka­n pendudukny­a mengadakan aktiviti bersama,” katanya.

Dennis berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedemikian terus bekerjasam­a erat dalam membantu kerajaan negeri membawa pembanguna­n khususnya di kawasan rumah panjang.

Beliau mengingatk­an penduduk agar tidak menggunaka­n persatuan berasaskan rumah panjang untuk menentang ketua kampung dan pemimpin, sebaliknya menjadi landasan perbincang­an produktif tentang cara-cara meningkatk­an pembanguna­n di kawasan mereka.

Hadir sama Ketua Kampung Long Atip Wilson Anyie, Pengerusi Persatuan Penduduk Long Atip Paren Lah, pengerusi penganjur Uyo Ngau dan Kaunselor Jaraw Braim.

Pada majlis itu, Dennis menyampaik­an cek geran projek kecil luar bandar (MRP) RM12,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan mengumumka­n RM10,000 masing-masing untuk Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Long Atip dan pertanding­an futsal dan badminton pada 14 dan 15 September.

 ??  ?? CERIA: Dennis (enam kiri) merakamkan kenangan bersama penduduk Long Atip semasa sambutan hari keluarga persatuan tersebut di Piasau Boat Club, baru-baru ini.
CERIA: Dennis (enam kiri) merakamkan kenangan bersama penduduk Long Atip semasa sambutan hari keluarga persatuan tersebut di Piasau Boat Club, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia