Utusan Borneo (Sabah)

‘Nyahaktif Twitter atas sebab peribadi’

Tunku Azizah mengejutka­n warganet selepas menutup akaun Twitter Rabu lalu

-

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandaria­h mengaktif semula akaun rasmi twitter @cheminah sayang dengan ciapan rasa kecewa dengan dua orang yang ditahan polis kerana menurunkan komen negatif dalam twitter baginda.

Bagindaber­titah,keputusan menyhaktif akaun twitter bukan disebabkan komen dibuat warganet, sebaliknya atas sebab-sebab peribadi.

Dalam ciapannya pagi semalam, Tunku Azizah bertitah “hari ini saya sedih dan marah pihak polis menangkap orang-orang itu.

“Selama ini saya dan Tuanku tidak pernah membuat sebarang laporan polis terhadap perkara buruk yang dikatakan terhadap kami.. ini adalah negara bebas...” titah baginda dalam ciapan yang sama.

Baginda turut berkongsi perasaan ketika dikejutkan anakandany­a, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatul­lah, awal pagi semalam.

“Afzan (Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatull­ah Al-Sultan Abdullah) kejut saya tadi “mama polis tangkap 2 orang!”, saya sedih dan marah dan terus activate semula twitter, tidak ada niat saya supaya mereka itu di tangkap polis, saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu pihak polis jangan ambil tindakan, I repeat again, I deactivate­d not because of THEM,” titah baginda lagi dalam tweet pagi semalam berhubung tangkapan yang dibuat polis kelmarin.

“Jadi sy harap semua faham, deactivate itu atas kehendak sy sendiri dan bukan kerana apa org tulis atau comment…” dalam ciapan terakhir sebelum menyahakti­fkan semula akaun @cheminahsa­yang.

Tunku Azizah mengejutka­n warganet selepas menutup akaun Twitter bermula Rabu lalu.

Kebanyakan pengguna laman sosial itu beranggapa­n, tindakan baginda berpunca daripada ciapan beberapa pengguna Twitter yang menurunkan komen negatif termasuk berunsur menghina institusi diraja sebelum ini.

Susulan itu, laporan polis dibuat beberapa individu sejak kelmarin, selain seorang pengguna dilaporkan sudah punmemuatn­aikpermoho­nan maaf di laman sosial sama.

Kelmarin Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath ditahan polis berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki berusia 29 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan­nya diambil pagi semalam dan tiada permohonan reman dibuat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia