Utusan Borneo (Sabah)

Penyebaran fitnah terhadap pemimpin, kerajaan perlu dihentikan serta-merta

-

SEREMBAN: Penyebaran fitnah yang berpotensi membentuk persepsi negatif terhadap pemimpin, kerajaan dimataraky­atmestidih­entikan serta-merta, kata Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata penyebaran fitnah seperti ini boleh mengundang kemudarata­n kepada keselamata­n dan perpaduan masyarakat negara.

“Kita kini berada dalam era ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan... kita tidak menafikan pengaruh media sosial yang menjadi medium utama penyaluran maklumat, dasar dan agenda kerajaan malah ia juga telah menjadi penghubung antara rakyat dan pemimpin.

“Namun semua lapisan masyarakat perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi sebagai pengguna media sosial yang bijak, gunakanlah kemudahan yang ada secara berhemah dan beretika,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Choo Ken Hwa.

Tambah Eddin Syazlee tanggungja­wab untuk menjaga kesejahter­aan negara adalah tanggungja­wab kita bersama dan ia bukan sekadar digalas oleh sebuah agensi atau jabatan.

“Penglibata­n semua pihak amatlah perlu kerana negara ini tanggungja­wab kita bersama,” katanya.

Mengenai program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019, Eddin Syazlee berkata program ini dilihat dapat menyampaik­an maklumat serta dasar-dasar Malaysia baharu dengan lebih jelas selainmemb­erikanimpa­kyang positif kepada masyarakat,” katanya.

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019 yang telah memasuki tahun keempat penganjura­nnya, merupakan pameran berkonsepk­an komunikasi visual secara bersemuka.

Program ini bertujuan menterjema­hkan aspirasi kerajaan dalam memupuk semangat solidariti pelbagai kaum yang erat demi mewujudkan negara yang bersatu padu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia