Utusan Borneo (Sabah)

Homedec realisasi Sabah jadi negeri industri menjelang 2030

Pameran wujudkan persekitar­an perniagaan bertaraf dunia, sekali gus tingkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah

- Oleh Saddam Edris

KOTA KINABALU: Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (Homedec) akan bertindak merealisas­ikan visi Sabah menjadi negeri perindustr­ian menjelang 2030 dengan mewujudkan persekitar­an perniagaan bertaraf dunia, sekali gus meningkatk­an peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Seiring dengan usaha itu, Homedec kembali lagi dengan mengadakan Pameran Reka Bentuk Rumah dan Hartanah (Homedec-Ipex) selama tiga hari bermula 14 - 16 September di Pusat Dagangan Sabah (STC), dekat sini.

Pameran itu akan membuka jalan golongan industri profesiona­l yang melibatkan 180 penyertaan yang mana 60 peserta pameran adalah dari jenama terkenal melalui prospek ekonomi baharu.

Penganjura­n Homedec - Ipex adalah kolaborati­f antara pihak yang memenangi Anugerah CIS Network Sdn Bhd dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) cawangan Sabah yang membantu meningkatk­an tahap reka bentuk, dalaman, dan hiasan rumah di rantau ini.

Kerjasama strategik ini seiring dengan misi Homedec yang bertujuan menjadi peneraju perniagaan reka bentuk dalaman yang semakin berkembang demi keselesaan semua pihak berkepenti­ngan.

Golongan industri seperti arkitek, pereka dalaman, juru ukur kuantiti dan pemilik rumah boleh memilih ribuan produk dan bahan yang terkini untuk projek pengubahsu­aian atau komersil.

Selain itu, ia adalah landasan bagi pemain industri baharu bertemu dengan pakar industri dan pemain industri di Semenanjun­g Malaysia untuk menubuhkan cawangan di negeri ini.

Di samping itu ia juga adalah platform peserta membincang­kan dan membentuk rangkaian kerjasama mengembang­kan pasaran, seterusnya mengedar dan membekal produk mereka di timur Malaysia.

Perasmian pameran disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dalam ucapannya, beliau berkata, pameran HomedecIpe­x edisi keempat ini adalah platform berkesan untuk menjadikan Sabah sebagai negeri perindustr­ian.

“Adalah penting untuk kita memahami bahawa negara perindustr­ian akan menyumbang 35 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap Homedec- Ipex akan meneruskan usaha ini dengan menyediaka­n platform kepada peserta dan pemain industri dari Barat dan Malaysia Timur untuk menyatukan dan membincang­kan perdaganga­n, kerjasama dan rangkaian perniagaan.

“Saya juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada peserta industri bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, dan pada masa sama, pemilik rumah di negeri ini pasti mendapat manfaat daripada pelbagai produk dan perkhidmat­an berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PAM Sabah, Rizal Ahmad Banjar berkata, kerjasama ini membuka peluang bagi perniagaan baharu dalam kalangan peserta pameran, selain menyediaka­n pelbagai harga, produk dan perkhidmat­an untuk semua pemain dalam industri seni bina dan reka bentuk rumah di Malaysia Timur.

“Edisi Homedec-Ipex ini melibatkan jenama terkenal seperti Karcher, Elizone dan Fotile yang mencari rakan perniagaan di Malaysia Timur.

“Ini akan membantu perkembang­an perniagaan negeri, sekaligus menawarkan rakyat Sabah dengan peluang pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Presiden CIS Datuk Vincent Lim pula berkata, pihaknya komited untuk berada di barisan hadapan perniagaan yang semakin berkembang, sekaligus menyumbang ke arah peralihan Sabah sebagai negeri perindustr­ian.

Pihaknya juga berharap dapat menyediaka­n tidak hanya pameran menyeluruh untuk reka bentuk rumah dan dekorasi dalaman tetapi untuk mempercepa­tkan Sabah menjadi negeri perindustr­ian.

Dijangkaka­n, lebih 18,000 pelawat terdiri daripada pemain industri dan pemilik rumah akan hadir pada pameran yang dibuka secara percuma bermula jam 11 pagi hingga 9 malam itu.

Reka bentuk rumah dan pameran hartanah juga kembali dengan diskaun melebihi 60 peratus pada tawaran eksklusif dari jenama berkualiti dan terkenal.

Pertanding­an yang menarik dengan hadiah menarik juga akan bakal dimenangi oleh pengunjung ketika pameran itu berlangsun­g selama tiga hari.

Selain tawaran terbaik, pemilik rumah juga akan mendapat tip dan inspirasi dari pakar industri, sekaligus memperkasa­kan mereka pemain industri terbaik.

Untuk maklumat lanjut, boleh melawati laman sesawang www.homedec.com.my atau lihat halaman Facebook rasmi HOMEDEC.

 ??  ?? PERASMIAN: Dari kiri, Rizal, Wilfred, dan Naib Pengerusi Pam Sabah Ar. Shahriman Abdullah menyempurn­akan majlis perasmian Pameran Homedec-Ipex 2019.
PERASMIAN: Dari kiri, Rizal, Wilfred, dan Naib Pengerusi Pam Sabah Ar. Shahriman Abdullah menyempurn­akan majlis perasmian Pameran Homedec-Ipex 2019.
 ??  ?? TERPESONA: Wilfred ( tengah ) melihat buku program sambil disaksikan Rizal (kiri) dan Shahriman (kanan).
TERPESONA: Wilfred ( tengah ) melihat buku program sambil disaksikan Rizal (kiri) dan Shahriman (kanan).
 ??  ?? UJI: Wilfred (kanan) mengambil peluang mencuba fungsi salah satu produk yang dipamerkan sempena Homedec- Ipex 2019.
UJI: Wilfred (kanan) mengambil peluang mencuba fungsi salah satu produk yang dipamerkan sempena Homedec- Ipex 2019.
 ??  ?? PAMERAN: WILFRED (tengah) mendengar dan melihat produk yang bermutu tinggi yang dipamerkan.
PAMERAN: WILFRED (tengah) mendengar dan melihat produk yang bermutu tinggi yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia