Utusan Borneo (Sabah)

Hospital swasta di Brazil dijilat api, 11 maut

Kebanyakan­nya warga emas, mesin penjana kuasa dipercayai punca kebakaran

-

R I O D EJA N E I R O: Sekurang kurangnya 11 orang, kebanyakan­nya warga emas, maut dalam insiden kebakaran di sebuah hospital swasta di bandar raya Rio de Janeiro, Brazil ketika kakitangan dan pelawat berusaha untuk menyelamat­kan pesakit dari wad-wad yang dipenuhi asap.

Pihak berkuasa hospital berkata kebakaran lewat Khamis lepas dipercayai disebabkan litar pintas dalam sebuah mesin penjana kuasa, tetapi datuk bandar berkata perbuatan khianat atau sabotaj tidak dapat ditolak.

Anggota bomba menangani kebakaran di Hospital Swasta Badim, berhampira­n stadium bola sepak Piala Dunia Maracana di Rio, selama beberapa jam sebelum akhirnya berjaya memadamkan­nya.

Institut forensik bandar raya berkata kebanyakan mangsa yang terkorban berusia 66 tahun ke atas, ramai daripadany­a dalam unit rawatan rapi.

“Majoriti disebabkan kelemasan dan punca lain yang ada kaitan dengan kemalangan itu… alat yang menghidupk­an mereka berhenti berfungsi kerana kebakaran,” kata Gabriela Graca, selaku pengarah institut forensik, kepada media tempatan.

Kakitangan kecemasan memeriksa bangunan yang rentung sehingga awal pagi kelmarin untuk mencari mayat.

Hospital berkenaan berkata terdapat 103 pesakit dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku dan “lebih 100 doktor digerakkan untuk membantu mangsa”.

Seramai 77 orang daripada mereka sudah dipindahka­n ke hospital lain manakala 14 lagi sudah dibenarkan pulang.

Sewaktu evakuasi, pesakit di atas usungan dibawa ke jalan di sekitar kawasan sementara ambulans berusaha untuk melalui orang ramai yang berkerumun bagi membawa pesakit ke kemudahan perubatan lain.

“Doktor tiba di bilik dan memberitah­u kami bahawa kebakaran telah berlaku dan kami perlu keluar secepat mungkin,” kata Teresa Dias, 58, yang melawat bapanya, kepada AFP.

“Mereka meletakkan­nya di atas kerusi roda dan mengikatny­a untuk memastikan dia tidak terjatuh. Ramai orang lain yang sakit di atas usungan di atas tangga.”

Kakitangan menolak peralatan perubatan ke luar, dan pesakit paling serius sekali dibawa pada mulanya ke sebuah taska berdekatan.

Kain yang diikat dengan satu sama lain kelihatan digantung dari tingkap hospital.

“Saya dapat membawa ibu saya keluar dari biliknya dan apabila kami sampai di pintu keluar, ramai orang berlari-lari,” kata peguam Carlos Otorelo, anak kepada seorang wanita berusia 93 tahun yang sedang menerima rawatan untuk keradangan paru-paru, kepada laman sesawang berita UOL.

“Ia teruk sekali kerana asap merebak dengan sangat cepat.”

Ahli keluarga lain terpaksa menunggu di luar untuk maklumat tentang ahli keluarga mereka manakala asap hitam yang tebal memenuhi langit.

“Saya dengar bunyi kaca pecah yang kuat dan menyangka ia adalah satu serangan tembakan atau rompakan apabila saya terdengar bunyi jeritan. Saya turun ke bawah untuk melihat apa yang sedang berlaku dan saya nampak banyak asap,” kata seorang penghuni, Terezinha Machado, 76.

Pihak berkuasa hospital berkata asap merebak ke semua tingkat bangunan dan mendakwa sebuah mesin penjana kuasa di bahagian tertua kompleks berkenaan kemungkina­n besar adalah punca kebakaran.

Datuk Bandar Marcelo Crivella berkata penyiasat akan menyiasat sama ada kebakaran itu adalah satu kemalangan atau sebaliknya.

“Pakar perlu menyiasat sama ada orang bertanggun­gjawab ataupun tidak. Saya harap saya salah, tetapi kita perlu memastikan ia bukan perbuatan sabotaj, kita perlu menyiasat,” katanya kepada pemberita ketika dia melawat hospital kelmarin.

Jabatan bomba berkata premis terbabit mempunyai sijil keselamata­n.

Rio sudah mengalami dua kebakaran besar sejak setahun lalu, termasuk apabila Muzium Negara dijilat api pada September lalu, dan memusnahka­n kebanyakan koleksinya yang tidak ternilai.

Pada Februari lalu, 19 pemain remaja kelab bola sepak Flamengo maut dalam bangunan di mana mereka tinggal.

Sistem pendingin hawa yang rosak adalah punca bagi kedua-dua kebakaran tersebut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HANGUS: Kain yang diikat dengan satu sama lain kelihatan digantung dari tingkap selepas kebakaran di Hospital Swasta Badim di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.
— Gambar Reuters HANGUS: Kain yang diikat dengan satu sama lain kelihatan digantung dari tingkap selepas kebakaran di Hospital Swasta Badim di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SEDIH: Keluarga mangsa menangis selepas kebakaran meragut 11 nyawa di Hospital Swasta Badim di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.
— Gambar Reuters SEDIH: Keluarga mangsa menangis selepas kebakaran meragut 11 nyawa di Hospital Swasta Badim di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia