Utusan Borneo (Sabah)

Siaran tanpa henti 24 jam Bernama bakal catat MBOR

-

siaran langsung tanpa henti selama 24 jam dalam empat bahasa dari 16 hingga 17 September ini bersempena Hari Malaysia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal mencatatka­n nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Siaran dari jam 7 pagi (16 September) hingga 9 pagi (17 September) itu akan dibuat melalui semua saluran Bernama - Bernama News Channel (BNC), Bernama Radio, Bernama.com serta semua platform media sosial agensi berita itu. “Ini adalah cabaran baharu bagi Bernama untuk mencuba dan melihat bagaimana kami boleh berganding bahu merentasi semua platform. Ia juga sangat penting kerana menerusi cara ini, siaran dibuat dalam empat bahasa… yang mencermink­an dan ia sangat berkesan (untuk menzahirka­n) keunikan negara kita, itulah sebabnya ia perkara yang sangat baik untuk kami lakukan bersempena Hari Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim kepada Bernama, BNC dan Bernama Radio. Beliau ditemui selepas majlis penyerahan tajaan bagi ‘Siaran Langsung Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama’, di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur kelmarin. Terdahulu dalam ucapannya, Nurini berkata, program ini mampu memberi pulangan positif kepada semua pihak terlibat serta penaja utama iaitu Terra Security Monitoring Sdn Bhd, Maad Travel Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd atas semangat patriotism­e bersempena meraikan Bulan Kemerdekaa­n. Sementara itu, Yeoh berkata Bernama perlu memenuhi dua kriteria utama dalam mencipta rekod berkenaan, iaitu bersiaran langsung selama 24 jam dan menyiarkan berita dalam empat bahasa. Siaran tanpa henti itu akan menampilka­n program bual bicara bersama ahli politik, tokoh korporat, atlet dan selebriti termasuk liputan berita bersempena sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak serta negeri-negeri lain. Program itu akan menyiarkan pelbagai berita menarik dan lintas langsung melibatkan kira-kira 200 penyunting (editor), wartawan penyiaran, penerbit, jurukamera, kru teknikal serta jabatan lain di bawah Bernama. Penonton dan pendengar juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM81,000 termasuk satu pakej dua orang percutian ke Pulau Jeju, Korea Selatan dengan menjawab kuiz mengenai Hari Kemerdekaa­n, Hari Malaysia dan Bernama yang bakal ke udara setiap satu jam. Program itu akan bersiaran di BNC saluran Astro 502, UnifiTV (631), MYTV (121), iflix, dan Bernama Radio melalui FM93.9 (Kuala Lumpur), FM107.5 (Johor Bahru), FM100.9 (Kuching) dan FM 107.9 (Kota Kinabalu). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia