Utusan Borneo (Sabah)

Wang simpanan lesap selepas pindah ke ‘Bank Negara’

-

KUANTAN:Wangsimpan­an seorang mekanik sebanyak RM27,400 lesap selepas menuruti arahan ‘pegawai polis’ untuk memindahka­n wang itu ke dalam akaun baharu, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa arahan itu diberikan selepas dia ‘disoal siasat’ menerusi panggilan telefon pada jam 8.50 pagi.

Katanya, mangsa mendakwa suspek yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Raja Afiq telah bertanyaka­n maklumat berkaitan baki wang simpanan dalam semua akaun bank milik mangsa.

“Suspek kemudianny­a mengarahka­n supaya semua wang itu dipindahka­n ke dalam akaun baharu yang dikatakan akaun Bank Negara untuk tujuan siasatan berhubung kes dadah dan pengubahan wang haram yang melibatkan nama mangsa.

“Mangsa yang bimbang akaun simpananny­a akan dibekukan terus menuruti arahan itu dengan melakukan transaksi pemindahan secara dalam talian sebanyak 20 kali,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudianny­a diarahkan untuk menunggu panggilan seterusnya yang dikatakan akan berlaku selepas 45 minit proses pemindahan wang terakhir bagi tujuan pengesahan.

Bagaimanap­un, mangsa mula berasa sangsi apabila suspek memaklumka­n dia perlu menyerah diri ke balai polis bagi tujuan siasatan dan menawarkan penyelesai­an dengan kadar bayaran baharu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang penyelia kilang membuat laporan polis mendakwa kehilangan besi termasuk besi buruk seberat 10 tan yang dianggarka­n bernilai RM20,000 yang dikatakan angkara pengawal keselamata­n kilang.

Mohd Wazir berkata pengadu yang berusia 37 tahun mendakwa kawasan simpanan besi itu tidak boleh diakses oleh orang lain selain daripada suspek yang berusia 26 tahun yang mempunyai kunci pintu pagar.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia