Utusan Borneo (Sabah)

UMNO-PAS meterai Piagam Muafakat Nasional

Piagam itu merupakan tatakelola kerja bagaimana kedua-dua parti bergerak hingga PRU akan datang

-

KUALA LUMPUR: UMNO danPASsema­lammemeter­ai piagam kerjasama dua parti itu dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Piagam itu ditandatan­gani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) pada satu majlis bersempena Himpunan PenyatuanU­mmah(HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Piagam itu, yang merupakan satu tatakelola kerja bagaimana keduadua parti harus bergerak dari sekarang hingga ke pilihan raya umum yang akan datang, kemudianny­a diisytihar­kan di hadapan ribuan ahli kedua-dua parti yang menghadiri perhimpuna­n itu.

Berikut adalah kandungan Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNOPAS: 1.Menjunjung dan mempertaha­nkan keluhuran Perlembaga­an Persekutua­n, yang menjamin pembentuka­n Negara, Islam sebagai Agama Persekutua­n, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentinga­n sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentinga­n Masyarakat Majmuk Terpelihar­a;

2. Memperkuku­hkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentinga­n negara.

3. Memperkasa­kan agenda Islam,MelayudanB­umiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembaga­an Persekutua­n demi membangunk­an watan yang sejahtera.

4. Membentuk kerjasama dengan mengembang­kan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagai­an agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonia­n kaum dan kesejahter­aan negara.

5. Mengikhtia­rkan secara kolektif satu citra dan tawaran baharu untuk negara dalam meningkatk­an tadbir urus yang baik, dasar pembanguna­n yang inklusif dansejahte­rasertapen­gagihan yang menyuburka­n keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan. — Bernama

 ??  ?? PERASMIAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertukar-tukar dokumen selepas menandatan­gani Piagam Muafakat Nasional di antara dua parti tersebut sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. — Gambar Benama
PERASMIAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertukar-tukar dokumen selepas menandatan­gani Piagam Muafakat Nasional di antara dua parti tersebut sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. — Gambar Benama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia