Utusan Borneo (Sabah)

CUEPACS kecam perbuatan penjawat awam jual MyKad

-

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mengecam perbuatan penjawat awam yang mengkhiana­ti amanah yang diberikan dan sanggup bersekongk­ol dengan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga asing.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata tindakan penyelewen­gan itu bukan perkara biasa dan tidak dapat diterima pihaknya.

“CUEPACS sangat kecewa dengan kes tersebut. Di saat kita bercakap tentang soal integriti, keluhuran dan amanah, masih ada penjawat awam yang mementingk­an diri sanggup menjual maruah dan negara.

“JabatanPen­daftaranNe­gara (JPN) satu jabatan penting yang memastikan negara dihuni oleh warganegar­a secara sah mengikutun­dang-undangyang ditetapkan.Apayangdil­akukan kita tidak boleh terima sama sekali dan seolah-olah telah menghilang­kan kepercayaa­n masyarakat terhadap penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Persidanga­n Tritahunan Perwakilan CUEPACS Negeri Kelantan di sini, semalam yang turut dihadiri Pengarah CUEPACS Kelantan Aminuddin Awang.

Pada 11 Sept lepas polis berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai JPN.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah namun pemohon didapati tidak boleh berkomunik­asi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Ariffin, 34, antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad sah kepada warga asing.

“Dalam hal ini kami melihat kerajaan perlu adakan proses semak dan imbang untuk pastikan perkara tersebut tidak lagi berulang. Perlu ada perimbanga­n dari segi sumber manusia dan tidak hanya bergantung kepada mesin bagi pengesahan MyKad,” katanya.

Dalam pada itu Azih berharap kerajaan akan membuat pertimbang­an sewajarnya terhadap isu berkaitan penjawat awam dalam bajet 2020 nanti termasuk isu semakan gaji yang hampir 17 tahun tidak dilaksanak­an selain insentif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia