Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama UMNO-PAS wujudkan gerakan politik perkauman melampau

-

Pakatan Harapan (PH) Selangor menyuaraka­n rasa bimbang berikutan akan wujud gerakan politik perkauman ‘melampau’ di negara ini dengan penyatuan kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu boleh berlaku menerusi piagam yang dimaterai antara dua parti politik berkenaan, semalam.

“Mereka akan mencipta politikper­kaumandan(berlaku) gerakan politik perkauman melampau.

“Saya bimbang itu berlaku walaupun mereka ada asas perlembaga­an tetapi saya harap mereka tidak melampau dalam mengetenga­hkan perjuangan politik mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n kunci Rumah Selangorku, Hibiscus 3, kepada 270 pemilik rumah dalam satu majlis di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, turut disifatkan tidak asli untuk orang Melayu.

“Mereka sebagai sebuah parti layak bergabung dan masing-masing ada misi politik masing-masing.

“Tetapi penyatuan itu dan konteks mereka itu bukan asli sebab bagi saya orang Melayu pun ada dalam parti lain-lain di negara ini,” katanya.

UMNO dan PAS dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatan­gani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia