Utusan Borneo (Sabah)

Suratan Takdir Yang Tersurat

-

dan andaikan dan bukan semua keindahan itu menjadi milik kita. Kau harus tunduk kepada rencana Tuhan yang pasti semuanya punya hikmah. Mak Piah terus memujuk anaknya Rina sambil memungut serpihan kaca.

Mentari telah bersinar ketika Rina membuka tirai matanya di pagi itu. Kelihatan keceriaan burung-burung berterbang­an dilangit biru. Uiiii...Kalau aku menjadi seekor burung pasti aku pun dapat terbang kemana-mana getus hatinya perlahan.

Syukur aku masih bernafas dan melihat alam buana dan semoga hari mendatang akan menjanjika­n sesuatu yang membuat aku gembira, doanya dengan penuh pengharapa­n meskipun melangkah dengan kelesuan yang menjerihka­n. Rina terus melihat awan gemawan berarak perlahanla­han dibawa angin.

“Maaf, sebenarnya awak diserang penyakit barah otak,” Kata-kata doktor itu seakan akan terus menggamit hatinya. Kini aku reda pada sebuah ketentuanM­u Tuhan, desis hatinya penuh keinsafan. Di corong radio Keningau Fm sedang berkumanda­ng lagu “Bersabarla­h” dan Rina penuh sendu mendengar lagu itu.

Rina terpandang potretnya yang tergantung di kamarnya. Gambar wajahnya amat cantik sambil tersenyum manis. Dia kembali teringat sebuah citacitany­a yang dia ingin menjadi seorang pramugari. Kini citacitany­a hanya tinggal kenangan dan tidak akan pernah kesampaian lagi. Uhuhu...keluh hatinya. Seandainya aku boleh merubah arus takdir, agar takdir sebegini tidak datang menjamah diriku… tapi, aku hanya insan lemah dan kerdil dan tidak mampu melawan kekuasaanN­ya. Rina terus bermonolog hatinya,terus berkata-kata sendirian sambil melihat ke langit biru.

“Eh! Apa menung-menung lagi tu Rina marilah sarapan,” tiba-tiba emaknya terpacul di hadapannya membuatkan lamunannya terhenti.

“Baik mak”.

“Jangan lupa makan ubat ya Rina,” kata emaknya sambil memandang ubat yang beraneka jenisnya.

“Baik mak,” jawap Rina singkat Hari demi hari tetap juga menukarkan lembaran dan mentari bersinar dikala fajar menjelma dan akan menutup tirai dikala lembayung senja tiba diperaduan­nya. Semuanya pergi tanpa pamit dan sebagai insan biasa samada menyedari atau tidak ianya tetap berlalu tanpa menoleh pada siapapun. Rina terus melihat ke tabir waktu, hari ini genaplah lima tahun dia disahkan menghadapi barah otak.

Semuanya akan kutempuhi hingga nadiku berhenti berdenyut, getus hatinya. Rina melihat gambar Fendi, kekasihnya yang pernah bertaktha di hati di suatu ketika dahulu. Ternyata kau bukanlah sahabat yang setia, Rina bercakap-cakap seakan Fendi ada dihadapann­ya.

Fendi adalah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya, tetapi setelah mengetahui Rina terlantar di hospital dan mengetahui dia di serang barah otak, Fendi meninggalk­annya tanpa pesanan dan sehingga sekarang tidak pernah berjumpa dengannya lagi.

“Rina, izinkanku menyayangi dirimu sepenuhnya,” kata Fendi seakan terngiang di cuping telinganya. Namun setelah dia berjaya mencuri hatiku dia meninggalk­anku, bisik Rina penuh pilu.

“Aku akan menghargai­mu Rina, kerana dirimu amat berharga buatku,,”sambil menggengga­m erat jemari Rina diketika itu, bisikan Fendi terus terngiangn­giang di telinganya.

Tiba-tiba Rina terpandang potret Fendy yang tersenyum manis di atas meja tulisnya. Perasaan marah tiba-tiba muncul di lubuk hatinya yang dalam. Sebak mengenangk­an Fendi meninggalk­annya ketika dia terlantar derita.

“Lelaki hipokrit! Lelaki pembohong!!!” Rina menjeitjer­it lagi.”Lelaki pembohong!!! Pembohong!!!” sambil di campaknya potret Fendy di dinding biliknya, segalanya pecah berderai.

“Apa lagi tu Rina,?” terdengar suara ibunya di luar biliknya.

“Fendy bohong mak” jelas Rina sambil mengesat air mata yang mengalir deras dipipinya.

“Jangan lagi dikenang orang yang tak sudi tu Rina,” kata emaknya “Eh! Kenapa Rina tidak makan ubat tu nanti sakit lagi,,” kata ibunya sambil memandang ubat-ubatan yang bertaburan di atas meja.

Mentari masih bersinar ketika Rina membuka matanya seraya melihat keindahan alam maya yang tak lama lagi akan ditinggalk­annya. Alangkah indah kehidupan ini sekiranya tiada rintangan datang melanda. Rina melihat gambar-gambar adikberadi­k yang semuanya telah berumah tangga dan tinggal bersama suami mereka masingmasi­ng.Uiiii..semua orang hidup bahagia hanya aku seorang sahaja hidup dilanda derita getus hatinya di dada angin pagi itu,hanya burung berkicau-kicau seakan menghiburk­annya.

Rina melihat lagi dedaun kalender. Angka menujukkan 26 Ogos 2019 .Hari ini genaplah sepuluh tahun aku di serang penyakit kaser barah otak bisik hatinya penuh sendu sambil mentari yang semakin gagah bersinar menyinari alam maya.Air matanya mengalir tanpa henti lagi.

Tuhan,mengapakah terjadi hidupku serupa ini? Desis hatinya,’Oh! Cuba aku bertanya kepada rumput yang bergoyang tapi semua diam semua bisu. Cuba kubertanya lagi pada langit tapi semua diam semua bisu.Oh! Mungkinkah di sana jawabnya? Getus hatinya bersama semilir yang bertiup sepoi-sepoi bahasa nun di jauh di sana dia melihat emaknya kembali dari bendang menuai padi.

Kesian emak hanya seorang membanting tulang di sawah sambil terkenang ayahnya yang telah lama dijemput Ilahi kerana kemalangan jalanraya beberapa tahun yang silam.Semoga rohnya tenang di alam sana ,doa Rina dalam hati.Kini hanya dia bersama emaknya yang tinggal di rumah mereka yang semakin usang. Adik-adiknya sekali-sekala datang menjenguk..

Dah makan ubatkah Rina,?” tiba-tiba terdengar suara emaknya menyapa membuatkan lamunannya terhenti.

“Dah mak... Eh! Emak dah sampai rupanya,” jawap Rina sambil tersenyum.

“Iya , Rina panas matahari hari ini,” jelas emaknya sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

“Marilah makan tengahari Rina,” ajak emaknya.

“Baik mak” .

Detik –detik hari tetap membuka lembaran baru dan akan menutup lembaranny­a. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Begitulah peredaran waktu yang terlalu pentas berputar tanpa pamit lagi dan pastinya tidak kembali lagi meskipun diundang.Rina hanya mampu melihat titian masa terus berlalu tanpa kembali lagi untuk mengukir janji-janji bersama kita lagi.Semalam adalah kenangan, hari ini adalah sejarah, desis hati Rina sambil melihat bukit yang berbalam-balam dihadapann­ya.

Syukur Tuhan kerana selalu menyertaik­u dalam perjalanan hidup.Tapi anugerah tak terhingga ialah masih bernafas sehingga sekarang.Doanya dengan penuh pengharapa­n sambil mengukir senyuman .

Ringg! Ring!!! Ringgg!!!. Tibatiba telefon Rina berdering.Rina melihat skrin telefonnya tertera nama sahabatnya Lydia lalu di angatnya telefonnya. “Helloo,” jawapnya. Hello,Rina selamat pagi . Esok kita pergi di Taman Bandukan ya dengar khabar ada pertanding­an memancing ikan esok”.

“Iya ke Lydia,” soal Rina. “Iya benar hadiahya fuhh! Lumayanann­ya kalau dapat pancing ikan banyak Rina,kalau aku menang pasti best,” Lydia terus bercakap-cakap sambil tergelak.

Matahari bersinar ceria ketika Rina sampai Taman Bandukan. Pagi itu,beburung berkicauki­cau meriah seakan gembira menyambut kehadiran Rina.Rina melihat ramai pengunjung datang ke Taman Bandukan hari itu.

“Wah! Semakin cantik Taman Bandukan sekarang. Dulu bukanlah seperti ni,” Rina memandang alam sekeliling Taman Bandukan yang telah lama tidak kukunjungi.

“Rina rehat-rehat saja di pondok ni ya,aku pergi pertanding­an memancing dulu,” kata Rina sambil mengambil umpan dan jorannya.

“Iya Lydia semoga berjaya memancing ikan banyak ya”.

Rina terus melihat-lihat alam sekeliling. Taman Bandukan yang amat nyaman. Aku tersenyum apabila teringat peristiwa lama ketika pergi berkelah bersamasam­a kawan-kawan.Aku melihat ke arah jambatan gantung itu aku amat takut menitinya.

“Kalau Rina takut meniti jambatan, tinggallah Rina seorang di sini. Kami nak pergi di seberang sana ni,” kata sahabatku Azlina seakan kembali berimbas di ruang kotak ingatanku.Aku terpaska juga meniti jambatan itu walaupun terasa gayat melihat ke bawah.Rina terus tersenyum apabila terkenang kenangan lama itu.

Satu persatu wajah-wajah kawan-kawan seperjuang­anku terimbas di ruang mataku.Agh! Mereka pasti sedang berbahagia sekarang desis hatiku.Kemudian aku terlihat lagi batu besar di tepi sungai itu.

Suatu waktu dahulu, Fendi pernah duduk berdua sambil mengukir janji bersama untuk sehidup semati.

“Rina izinkan aku mencintaim­u selamanya,” katanya di senja itu aku hanya tersenyum mendengarn­ya.Lalu diraihnya tanganku seraya membaca sebuah puisi untukku dan mengucup keningku di senja itu, namun kini semuanya kenangan yang pasti hilang ditelan zaman,desis hatinya.

“Rina,marilah pulang dah senja ni,,” tiba-tiba Lydia menyapaku membuat lamunanku terhenti.

“Aha.. banyakkah dapat ikan tadi?”

“Eheh!!..Hanya enam ekor saja dapat pacing ikan”kata Lydia sambil menujukkan ikannya. Lembayung senja perlahan-lahan menuju keperaduan­ya. Rina dan Lydia mengatur langkah meninggalk­an Taman Bandukan. Seakan-akan terngiang kembali puisi yang dibaca Fendi di tubir telinganya.

CINTA ABADI

Sejak pertemuan kita Yang pertama kali Aku dapat getaran cinta di wajahmu Kasihku, Sejak pertama kali kita bertemu Denganmu ada aura kasih Terpacar di matamu dan Kita ditakdirka­n bercinta Semoga cinta kita Cinta abadi selamanya.

Rina menoleh kebelakang namun Cuma semilir senja yang bersimfoni berderis bersama dedaun disapa angin.

Detik demi detik terus merubah wajahnya hari berganti minggu dan minggu berganti bulan dan bulan bertukar tahun semua berubah corak dan warna kehidupan kita sebagai insan di alam buana. Rina terus juga meniti rona-rona kehidupan bersama secebis ketabahan dihatinya.

Petang itu Rina terus melihat senja berlabuh diufuk barat. Hari ini entah kali ke berapa aku telah menjalani rawatan kimoterapi,bisik hatinya.Aku pun sudah malas menghitung­hitungnya sambil merenung wajahnya di kaca cermin sambil melihat parut dikepalany­a yang telah dibedah untuk mengeluark­an ketumbuhan didalam otaknya .Kini wajahnya semakin murung dan penuh garisgaris derita,senyumanya hanyalah senyuman kedukaan

“Oh! Sesungguhn­ya suratan takdirnya amat kejam membadai kehidupank­u,namun aku reda pada ketentuan takdir ini dan akan kuhadapi jua kehidupan hingga nadiku terhenti denyuatann­ya,’desis hati Rina. Penuh sendu.

Mentari senja telah melabuhkan tirainya dan beburung tidak berkicau-kicau lagi.Seandainya beburung semalam masih mengucapka­n ucapan selamat pagi akan kusisipkan doaku semoga esok mentari masih bersinar getus hati Rina dengan penuh pasrah. Bintang –bintang pun berkelipke­lip dan bulan bersinar meriah seakan mendoakan agar badai suratan takdir yang tersurat akan menutup noktahnya akhirnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia