Utusan Borneo (Sabah)

PETANG ITU RINA

-

terus merenung ke arah mentari senja yang mula berlabuh di pelabuhan senja. Camar-camar berterbang­an di langit biru. Keindahan lembayung senja membuat Rina tersenyum gembira sambil melihat pelangi senja yang terbias dengan warna-warna bercorakan cantik.

Oh! Alangkah indahnya ciptaanMu Tuhan, bisik hatinya memuji ciptaan sang pencipta. Nun di kejauhan dia melihat petani-petani sedang menuai padi di sawah. Ingatan Rina kembali terkenang semula pada suatu masa dulu ketika dia di sahkan menghidapi barah otak yang membuatkan dia merasa amat sedih untuk menghilang­kan rasa sedihnya. Setiap hari dia pasti berjalanja­lan di tengah sawah sehingga berpuluh metar jauhnya tanpa di sedari dia hanya mengikut arah kakinya melangkah. Uhu..! Alangkah sedih hatiku ketika itu getus hatinya sendirian namun berkat doa kudusku hidupku kembali ceria berwarna seolah telah terhapus sebuah kedukaan. Ketika itu dia meleraikan kesedihann­ya di mana-mana dan dia yakin hanya bahasa alam yang dapat menyelami hatinya.

Agh! mengapakah terjadinya hidupku serupa ini? Bisik hatinya lagi. Beburung berkicau-kicau meriah seolah menghiburk­an hati Rina. Ah! Mana mungkin aku di serang barah otak, desis hatinya perlahan seraya melihat wajahnya di kaca cermin wajahnya penuh kemurungan, kepalanya telah menjadi botak dan cuba tersenyum namun hampa kerana giginya juga semua telah di cabut semasa menjalanka­n rawatan kemoterapi .

“Awak mesti menjalanka­n kemoterapi untuk mencegah sel-sel barah merebak ke organorgan lain,” seakan suara doktor Lim seng masih bergema di tubir telinganya.

“Ah! Doktor tu bohong! Bohong!! Bohong!, “tiba-tiba Rina terjerit-jerit memecah keheningan di senja itu.

“Bohong!,” jeritnya lagi lalu membalingk­an cermin ke dinding biliknya.

“Rina! Rina! Rina,!, buka pintu ini ”kedengaran suara emak diluar biliknya. Perlahan-lahan Rina membuka pintu biliknya.

“Astaga! Apa dah jadi ni Rina,?” emaknya amat terkejut melihat keadaan Rina dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Doktor tu bohong mak, bohong mak... bohong!!!” Rina menjerit-jerit lagi. “Kenapa pula doktor tu bohong tu Rina,?” Doktor tu bohong cakap Rina di serang barah otak mak,bohong!!!” jerit Rina lagi. Seakan tidak mahu menerima suratan takdir yang telah terjadi pada dirinya.

Rina, kehidupan ini adakalanya tidak seperti yang kita rencana

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia