Utusan Borneo (Sabah)

Prosa tepi pantai, bilakah dimanusiak­an?

- Sumbangan Nelson Dino

AKU tahu “diam” adalah dunia yang paling sunyi, tetapi bukan seperti diam yang dialami oleh seorang pemuda yang sempat aku kenali di kampung di mana rumah-rumah kecil di lereng bukit dan tepi pantai itu berdiam diri. Dinding rumah-rumah itu cukup saja menghalang pandangan mata memasuki ruang tidur, atap pula cukup dapat melindungi penghuniny­a daripada titisan embun dan air hujan, tidak seindah warung-warung di tepi jalan.

Tetapi selain daripada rumah yang didiami seperti makam yang sunyi di tanah perkuburan, seorang pemuda tersambar oleh pandangan mataku ketika aku menangkap gambar pokok-pokok kayu disekelili­ng kampung itu. Dia duduk di anak tangga. Aku kira itulah rumahnya kerana seorang wanita yang aku lihat duduk di mata pintu sedang bercakap dengannya. Tepat, wanita itulah ibunya, yang memberi aku senyuman mesra. Walaupun ramah tetapi kesan kesedihan yang tersembuny­i di sebalik wajahnya dapat aku rasakan.

“Aku malu bang. Aku sudah besar. Mukmin pernah juga ajak aku. Yang diajar menulis, membaca dan mengira itu semuanya budak-budak.

Aku pandai juga membaca sikit-sikit. Menulis tidak,” kata seorang pemuda yang bernama Jefri, selepas aku bertanya mengapa dia tidak mengekuti kelas yang dikendalik­an oleh para sukarelawa­n mahasiswa dari Universiti Sabah Malaysia (UMS). Kelas yang diadakan itu bermula selepas Borneo Komrad atas usaha Mukmin Nantang dan kawan-kawannya membina Sekolah Alternatif. Semangat yang mereka bekalkan, pendidikan untuk semua, bukan untuk orang tertentu sahaja.

Dua hari sebelum ini, 18 Julai 2019, Hani Mahdi, seorang visual dan performanc­e artis mengajak aku untuk menyertai mereka ke sebuah kampung di belakang UMS. Mereka ingin mengagihka­n sumbangan dan mengadakan beberapa sesi pembelajar­an tentang seni dan alam sekitar.

“Aku sudah sampai. Di mana kamu?” Mesejku kepada Yeyen Khoo sebelum waktu untuk pergi ke kampung ini datang mendesak. “Kami di pejabat Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), bang,” jawapnya. Sebelum aku sempat ke pejabat itu,

Yeyen dan dua orang temannya sudah muncul dan memanggilk­u untuk pergi bersama. Aku pergi selepas mereka satu persatu melangkah masuk ke dalam bangunan.

Kampung itu tidak jauh dari tempat kami berkumpul. Selesai barangbara­ng itu dikumpul, aku dan Hani mula menjinjing beg besar menuruni anakanak tangga menuju ke kampung itu. Namanya “Kampung Teluk Layang”, kata Yeyen. Anak-anak yang belajar di Sekolah Alternatif sudah mendahului kami. Mereka semakin jauh. Hanya bungkusan barang-barang yang berada dibahu mereka aku dapat lihat di sepanjang perjalanan.

Mereka menelusuri denai yang dikerumuni rerumput seperti rimba yang dihuni hidupan liar yang tidak pernah didaftarka­n, sama seperti mereka yang tidak diterima bersekolah di sekolah-sekolah rasmi kerana tidak memiliki kertas pengenalan diri. Selepas beberapa

minit

menjinjing, Muklis muncul menggantik­an Hani. Dia kemudian memikul sehingga perjalanan kami tiba di perkaranga­n rumah-rumah di kampung itu. Dari situlah aku mula memerhati seorang pemuda itu.

Selepas Yeyen, Hani, Asraf dan dua orang pelajar mengagih-agihkan bantuan itu, anak-anak berlari menuju ke tepi pantai. Aku masih berdiri dan berbual bersama Jefri berdekatan rumah mereka.

“Kamu mau pigi mana,” tanyaku kepada dua orang kanak-kanak perempuan yang tertinggal di belakang. “Ke tepi pantai cikgu. Kami mau memancing,” jawab seorang yang memakai tudung berwarna unggu. Kedua-dua mereka sangat gembira seperti kanakkanak bejalar di sekolah berhawa dingin.

Cikgulah panggilan mereka kepada orang yang datang membantu mereka mengenal huruf, nombor dan pena. Sekurangku­rangnya dengan cara seperti ini, mereka dapat memperkasa­kan bahasa kebangsaan, mengenal lagu kebangsaan dan serba sedikit mengetahui agama dan diri mereka sendiri.

“Begitulah kerja kami di sini, memancing,” sampuk Jefri. “Selain kerja kontrak. Aku pun memancing juga, tapi untuk kami makan saja. Aku tidak jual.” Selepas aku bertanya kalau ada yang pandai menyanyika­n lagu dan sastera lisan tradisi Suluk dan Bajau seperti ‘lugu’ dan kalang, aku mengajak Jefri untuk turun bersamaku ke tepi pantai.

Dalam perjalanan, aku sempat bertanya kepadanya kalau dia pernah mengutip dan menjual botol-botol plastik yang banyak berkumpul di bawah-bawah pokok di situ. Dia ceritakan kesukarann­ya membawa keluar kerana dia tidak lagi memiliki perahu seperti

dulu yang boleh digunakan untuk mengangkut dan menghantar ke kedai.

“Dulu selalu juga aku buat. Dapatlah dalam beberapa ringgit. Sekarang tidak lagi sebab tiada sudah perahuku,” katanya sambil kami mendengar anak-anak menyanyi yang sedang dikendalik­an oleh Yeyen di bawah pokok Talisay. Anakanak yang diajar menyanyi berdiri di hadapannya dan yang lain duduk di atas batu besar.

Suara mereka menyanyika­n, “terima kasih, terima kasih, cikgu

kami…” berkumanda­ng seakan anak-anak ini tidak ada masalah yang sedang dihadapi. Aku perhatikan, cukup buat mereka bermain sambil belajar walaupun tidak pernah diterima menuntut ilmu di sekolah rasmi di negeri tumpah darah mereka ini. Fikirku, apakah masa depan anakanak ini jika tidak belajar ilmu mengira, membaca dan menulis.

Dalam satu lagu lagi, anak-anak ini walaupun tidak pernah diajar tentang Tuhan mereka di sekolah dan kewujudan mereka sebagai manusia, mereka menyanyika­n terjemahan surah Al-Fatihah dengan begitu santai sambil meletakkan lengan di dada. Mereka

menyanyika­n, “segala puji bagi Allah, Tuhan

semesta alam…” tanpa persoalan siapakah Allah, Tuhan semesta alam itu. Mungkin juga mereka sudah diberitahu dan dididik oleh ibu bapa mereka di rumah.

Dengan melihat mereka dalam keadaan gembira seperti itu, aku melahirkan sebuah prosa semasa duduk di atas batu besar sambil dibuai bunyi air laut yang terhempas ke tepi pantai, yang berbunyi seperti ini:

Di tempat inilah di rumah berdinding angin beratap langit bertiang harapan aku menunggu waktu yang kadang-kadang datang tetapi selalu aku tidak berpeluang be temunya di tempat ini jugalah istanaku yang hingga kini aku masih belum diterima sebagai manusia.

Ketika aku menulis prosa ini, aku sempat menikmati tarian pangalay yang ditarikan oleh salah seorang anak murid Hani di bawah pokok Talisay itu. Apa yang aku dapat dalam pemerhatia­n daripada mereka akan aku kongsikan untuk Program Jangkauan Kampus 2019 di Pusat Belia Youth-Prep, Alamesra bersama pelajar universiti dengan topik tentang belia dan masyarakat dalam penulisan kreatif.

Hani meminta dan mengajar anak-anak itu menggunaka­n botol-botol plastik sebagai alat muzik untuk mengiringi tarian itu dalam sesi “Sayangi Pantai Kita”. Hani bertanya apa yang mereka nampak di pantai dan laut. Dengan suara serentak dan seirama, mereka menjawab: “ikan, perahu, air, sampah dan pasir.” Bagiku jawapan mereka ini menggambar­kan kesedaran tentang alam sekitar, masyarakat dan juga seni.

Pada waktu ini, Jefri sudah pergi menghantar barang. “Bang, aku duluan ya, ibuku panggil,” katanya. Walaupun dia tidak sempat memahami secara mendalam tentang prosa dan sajak yang aku kongsikan kepadanya, sedikit demi sedikit aku merasakan keinginann­ya untuk belajar menulis masih berbekas dalam hati dan fikirannya sebagai sebuah harapan yang tinggi, tetapi dibaluti masih dengan perasaan malu kerana baginya masa untuk belajar sudah ditinggalk­an oleh perjalanan usianya. Sambil melihatnya berjalan meninggalk­an tepi pantai itu, seakan matanya bertanya kepadaku melalui soalan, “bilakah kami dimanusiak­an?”

Harapanku buat pertanyaan ini (kalaulah matanya memang bertanya seperti ini) pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang ke62 ini akan terjawab pada hari mendatang nanti supaya tidak ada lagi luahan isi hati tentang penyingkir­an dalam tenunan masyarakat sebagai anak Malaysia yang sudah begitu lama didiamkan dalam semboyan kebangsaan Malaysia!

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta yang mengikuti kelas sempat mengabadik­an gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Peserta yang mengikuti kelas sempat mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? BAKAT: Anak-anak dibimbing untuk mencintai alam sekitar.
BAKAT: Anak-anak dibimbing untuk mencintai alam sekitar.
 ??  ?? TERUJA: Antara aktiviti yang diadakan dalam program itu.
TERUJA: Antara aktiviti yang diadakan dalam program itu.
 ??  ?? DIDIKAN AWAL: Anak-anak dididik agar menyayangi pantai.
DIDIKAN AWAL: Anak-anak dididik agar menyayangi pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia