Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 700,000 belia dapat manfaat daripada #mydigitalm­aker

-

KUALA LUMPUR: Gerakan #mydigitalm­aker, inisiatif akademik awam-swasta yang bermula dua tahun lepas, telah memberi manfaat kepada lebih 700,000 belia di seluruh negara dengan membantu mereka menyediaka­n diri untuk pekerjaan pada masa depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

Beliau berkata inisiatif berkenaan bermatlama­t untuk mewujudkan negara yang mempunyai tenaga kerja ekonomi digital dengan mengubah pengguna digital menjadi pengeluar digital, serta untuk menangani keperluan belia Malaysia mempunyai kemahiran penting untuk kekal relevan dalam tenaga kerja masa depan.

“Kami tidak berhasrat mengurangk­an usaha kami. Kami mendedahka­n lebih banyak belia kepada kreativiti dan inovasi digital, dan menunjukka­n kepada mereka bagaimana minat boleh menjadi relevan kepada pekerjaan pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran #MyDigitalM­aker Fair 2019 yang berlangsun­g selama dua hari di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) semalam.

“Acara ini adalah peluang bagi ibu bapa mendedahka­n anak-anak mereka kepada pengekodan, e-sukan dan pembanguna­n permainan digital. Semua rakan kongsi ekosistem kita berada di sini hari ini, di bawah satu bumbung, dan orang ramai boleh datang dan memahami apa kerjaya baru dan sejauh mana baiknya untuk menyediaka­n anak-anak mereka bagi tujuan ini,” tambahnya.

Inisiatif #mydigitalm­aker MDEC disokong oleh Kementeria­n Pendidikan, sektor awam dan swasta, universiti, syarikat pemula niaga dan pertubuhan bukan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia