Utusan Borneo (Sabah)

KKM saran aktiviti keramaian ditangguh jika IPU lebih 100

Memilih untuk tidak berada di luar adalah lebih baik dan elakkan pendedahan kanak-kanak kepada jerebu

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyaranka­n semua aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan ditangguhk­an apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, seperti yang terkandung dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata berikutan keadaan jerebu yang masih melanda dan penganjura­n beberapa acara ‘luaran’ yang melibatkan aktiviti fizikal langkah tersebut perlu diambil kerana ia akan meningkatk­an risiko kesihatan akibat jerebu.

“Semasa aktiviti fizikal lasak, kadar pernafasan akan meningkat, menyebabka­n jumlah udara yang disedut turut bertambah berbanding semasa rehat. Keadaan ini menyebabka­n jumlah udara tercemar lebih banyak disedut masuk ke dalam sistem pernafasan,” jelasnya.

Sekiranya acara berkenaan diteruskan oleh pihak penganjur, peserta disaran menggunaka­n penutup hidung dan mulut semasa aktiviti dijalankan, bagaimanap­un, penggunaan­nya tidak menjamin dapat mengurangk­an pendedahan kepada jerebu, katanya.

“Selain itu, ia boleh menimbulka­n ketidaksel­esaan dan kesukaran untuk bernafas semasa aktiviti tersebut,” kata beliau yang turut menasihatk­an orang ramai yang hadir menonton acara berkenaan supaya memakai penutup hidung dan mulut serta memendekka­n tempoh berada di luar bangunan.

Katanya, memilih untuk tidak berada di luar adalah lebih baik dan elakkan daripada membawa kanak-kanak bagi menonton acara sukan berkenaan.

Mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru, adalah disaran ke klinik bagi pemeriksaa­n dan rawatan sewajarnya, katanya.

Orang ramai boleh mengikuti perkembang­an semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http:// apims.doe.gov.my/, dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia