Utusan Borneo (Sabah)

Terlepas peluang untuk berasa megah

Lyon tidak sempat mencengkam singgahsan­a Ligue 1 selepas seri 2-2 dengan Amiens

-

PARIS: Lyon melepaskan peluang untuk menduduki tempat teratas dalam Ligue 1 kelmarin apabila mereka mencatatka­n keputusan seri 2-2 di Amiens walaupun Moussa Dembele menjaringk­an dua gol selepas Mathieu Bodmer merampas gol penyamaan lewat bagi pasukan tuan rumah.

Pasukan Sylvinho kini hanya mampu mengutip dua mata sahaja dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan kekal satu mata di belakang pendahulu Paris Saint-Germain (PSG) sebelum juara bertahan itu menentang Strasbourg semalam.

Lyon, yang dianggap pencabar PSG yang utama bagi kejuaraan pada awal musim, melayang kunjungan pasukan bimbingan Thomas Tuchel pada hujung minggu depan.

“Apabila kita tidak bermain selama 90 minit, kita menanggung akibatnya,” kata Sylvinho, yang akan menyaksika­n pasukannya menerima kunjungan Zenit Saint Petersburg dalam Liga Juara-Juara pada Selasa ini, kepada Canal+ Sport.

Mereka ketinggala­n seawal minit ketujuh kelmarin apabila tendangan percuma dari sayap kiri oleh bekas pemain pertahanan Lyon, Christophe Jallet, mencecah sudut jauh jaring untuk meletakkan Amiens di depan.

Namun Dembele meneruskan permulaann­ya yang cemerlang pada musim ini dengan merembat masuk gol penyamaan hanya dua minit sahaja kemudian.

Kemudian bekas penyerang Celtic berusia 23 tahun itu menghasilk­an satu cubaan akrobatik untuk menyumbat bola hantaran lintang Bertrand Traore pada minit ke34, seterusnya menjadikan jumlah golnya sebanyak lima dalam lima perlawanan liga pada musim ini.

Martin Terrier dinafikan gol ketiga untuk Lyon pada awal babak kedua oleh aksi cemerlang daripada Regis Gurtner, dan Lyon dipaksa menanggung akibatnya apabila Amiens menjaringk­an gol dalam masa kecederaan.

Pemain gantian berusia 36 tahun, Bodmer, menolak bola ke sudut bawah untuk merampas satu mata bagi pasukan tuan rumah.

“Pada separuh masa kedua, kami berhenti bermain. Jaringan yang kami lepas pada akhirnya memang sewajarnya,” kata kapten Lyon, Leo Dubois.

Pada awal kelmarin, pemain muda Nigeria, Victor Osimhen, turut menjaringk­an gol kelimanya dalam Ligue 1 pada musim ini apabila Lille mencatatka­n kemenangan 2-1 ke atas Angers.

Osimhen, 20 tahun, menjaringk­an gol pembukaan enam minit sebelum waktu rehat dan sekarang menjaringk­an jumlah gol yang sama dengan Dembele di tempat teratas carta jaringan awal di Perancis.

Jaringan solo yang cantik oleh Luiz Araujo pada minit ke-53 menggandak­an kelebihan itu bagi naib juara musim lepas, yang bertahan untuk mencatatka­n kemenangan ketiga mereka bagi musim baharu walaupun jaringan lewat dibuat oleh penyerang Angers, Stephane Bahoken.

Osimhen, yang menjaringk­an dua gol dalam kemenangan sebelum ini di stadium sendiri ke atas Saint-Etienne dan Nantes, mengambil kesempatan ke atas kesilapan teruk yang dibuat oleh penjaga gol pasukan pelawat Ludovic Butelle untuk menjaringk­an golnya.

Lille selepas ini akan bertandang ke Amsterdam untuk menentang Ajax dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Liga JuaraJuara pada Selasa ini.

“Jika kami bermain dengan cara yang sama pada hujung perlawanan ketika kami mendahului 2-0 sewaktu menentang Ajax pada Selasa, maka kami akan kalah dalam perlawanan itu,” kata jurulatih Christophe Galtier.

“Tidak (kepala tidak menoleh kepada Amsterdam). Sekarang, ya … ia memerlukan keazaman yang kuat, keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu kerana ia pasti sangat sukar.”

Lille kini menduduki tempat ketiga dalam carta baharu, sama jumlah mata dengan pendahulu PSG dan Rennes di tempat kedua. — AFP

 ??  ?? SYLVINHO
SYLVINHO
 ??  ?? PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Amiens dan Lyon di Stadium Licorne di Amiens.
PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Amiens dan Lyon di Stadium Licorne di Amiens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia